PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

NADMA SELARAS OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI LEMBAH KLANG ATASI MASALAH JEREBU | 20 SEPTEMBER 2026
📍 Pangkalan Udara Subang
 
Susulan keadaan jerebu dan kualiti udara yang tidak sihat di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi membantu menghasilkan hujan di kawasan sasaran.
 
Operasi tumpuan pada hari ini melibatkan kawasan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
 
OPA siri ke-14 bermula pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa empat tangki larutan garam untuk proses pembenihan awan di kawasan yang mempunyai potensi pembentukan awan sesuai.
Pelaksanaan operasi ini mengambil kira keadaan semasa jerebu, termasuk bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) PM2.5 yang melebihi 150 dalam tempoh lebih 24 jam, selain keadaan cuaca panas dan pengurangan taburan hujan yang dialami ketika Monsun Barat Daya (MBD).
 
Usaha ini merupakan antara langkah segera yang dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesan jerebu serta meningkatkan potensi hujan, khususnya di kawasan yang dikenal pasti mempunyai keadaan atmosfera yang sesuai untuk pembenihan awan.
 
Operasi berakhir pada jam 1.57 petang.
 
Turut hadir dalam pelaksanaan operasi ialah Encik Yuzaimi bin Mahat, Pengarah Bahagian Sains, Atmosfera dan Pembenihan Awan, MET Malaysia, manakala NADMA diwakili oleh PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
Previous Next

NADMA SELARAS OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI LEMBAH KLANG ATASI MASALAH JEREBU | 19 SEPTEMBER 2026
 
📍 Pangkalan Udara Subang
 
Susulan keadaan jerebu dan bacaan kualiti udara yang tidak sihat di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi membantu menghasilkan hujan di kawasan sasaran.
 
Operasi tumpuan pada hari ini melibatkan kawasan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
 
OPA bermula pada jam 11.30 pagi dengan membawa empat tangki larutan garam untuk proses pembenihan awan di kawasan yang mempunyai potensi pembentukan awan sesuai.
Pelaksanaan operasi ini mengambil kira keadaan semasa apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) PM2.5 melebihi 150 dalam tempoh lebih 24 jam sehingga jam 11 pagi, 18 September 2026, selain keadaan cuaca panas dan pengurangan taburan hujan yang dialami ketika Monsun Barat Daya (MBD).
 
Usaha ini merupakan antara langkah segera yang boleh dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesan jerebu serta meningkatkan potensi hujan, khususnya di kawasan yang dikenal pasti mempunyai keadaan atmosfera yang sesuai untuk pembenihan awan.
 
Operasi berakhir pada jam 12.50 tengah hari.
 
Turut hadir dan terlibat dalam pelaksanaan operasi ialah YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NADMA dan Encik Yuzaimi bin Mahat, Pengarah Bahagian Sains, Atmosfera dan Pembenihan Awan, MET Malaysia.
Previous Next

𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐌𝐑𝐒𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 18 September 2026 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan satu Sesi Perbincangan Berkaitan Potensi Pengoperasian 𝘔𝘶𝘭𝘵𝘪 𝘙𝘰𝘭𝘦 𝘚𝘶𝘱𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘚𝘩𝘪𝘱 (MRSS) dalam Pengurusan dan Tindak Balas Bencana Negara bagi meneliti peranan aset berkenaan dalam memperkukuh keupayaan 𝘏𝘶𝘮𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘴𝘴𝘪𝘴𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘦𝘭𝘪𝘦𝘧 (𝘏𝘈𝘋𝘙). Sesi ini memberi tumpuan kepada potensi MRSS dalam menyokong mobilisasi, logistik, bantuan kemanusiaan, perubatan, pemindahan mangsa serta operasi pelbagai agensi.
Perbincangan turut merangkumi konfigurasi reka bentuk MRSS, konsep pelaksanaan HADR serta kaedah mengoptimumkan keupayaan aset berkenaan dalam operasi bantuan kemanusiaan dan bencana. Sesi diketuai Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Dr. Ajantha A/P Segarmurthy dan dihadiri wakil NADMA, UPNM serta TLDM. Sesi ini menjadi platform bagi meneliti kesesuaian MRSS sebagai keupayaan sokongan negara, di samping memperkukuh kesiapsiagaan dan penyelarasan antara agensi dalam pelaksanaan HADR.
Previous Next

𝐀𝐌𝐂𝐃𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
 
MANILA, 15 September 2026 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘍𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘗𝘰𝘪𝘯𝘵 bagi pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana (𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘪𝘴𝘬 𝘙𝘦𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 – 𝘋𝘙𝘙) menyertai 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘔𝘪𝘯𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘭 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘰𝘯 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘦𝘴𝘪𝘭𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦 (𝘈𝘔𝘊𝘋𝘙) 2026 dan 𝘔𝘪𝘯𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘭 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 yang berlangsung pada 15 hingga 16 September 2026 di Manila, Republik Filipina. Penganjuran oleh 𝘛𝘩𝘦 𝘖𝘧𝘧𝘪𝘤𝘦 𝘰𝘧 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭 𝘋𝘦𝘧𝘦𝘯𝘴𝘦 (𝘖𝘊𝘋), 𝘙𝘦𝘱𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘗𝘩𝘪𝘭𝘪𝘱𝘱𝘪𝘯𝘦𝘴 dengan kerjasama Sekretariat ASEAN dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Indonesia ini menjadi platform peringkat tinggi ASEAN dalam memperkukuh pelaksanaan Sendai 𝘍𝘳𝘢𝘮𝘦𝘸𝘰𝘳𝘬 𝘧𝘰𝘳 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘪𝘴𝘬 𝘙𝘦𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘚𝘍𝘋𝘙𝘙) 2015–2030 serta meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan negara anggota ASEAN.
 
Delegasi Malaysia diketuai Tuan Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, NADMA, bersama Encik Muhammad Aslam bin Adenan, Penolong Pengarah Seksyen Mitigasi, NADMA. Malaysia turut memainkan peranan aktif melalui penyampaian Plenary Remarks serta penyertaan sebagai panel speaker bagi Sesi 5 yang memberi fokus kepada visi daya tahan ASEAN pasca-2030 dan pengurusan risiko sistemik serta risiko baharu. Penyertaan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kepimpinan dan kerjasama ASEAN bagi memastikan agenda DRR terus relevan, proaktif dan berdaya tahan dalam menghadapi landskap risiko bencana yang semakin kompleks.
Previous Next

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐈𝐆𝐇 𝐋𝐄𝐕𝐄𝐋 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐈𝐓𝐓𝐄𝐄 (𝐇𝐋𝐂) 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
 
KUCHING,16 September 2026 - Penyelarasan pengurusan situasi jerebu khususnya di Sarawak terus diperkukuh menerusi Mesyuarat High Level Committee (HLC) Pengurusan Bencana Negara Ke-2, Bil.1/2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi di Wisma Bapa Malaysia.
 
Mesyuarat meneliti perkembangan situasi semasa, risiko kebakaran hutan dan tanah gambut, ramalan cuaca serta potensi jerebu berpanjangan dan rentas sempadan. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penyelarasan tindakan antara kementerian, agensi teknikal dan responder bagi memastikan langkah kesiapsiagaan serta tindakan susulan dapat digerakkan secara bersepadu.
Penglibatan NADMA bersama JPBN Sarawak serta kementerian dan agensi berkaitan mencerminkan pendekatan whole-of-government dalam memastikan pemantauan, kesiapsiagaan dan penyelarasan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara berterusan berdasarkan perkembangan situasi semasa.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search