PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir kilat: Tiga mangsa dipindahkan ke PPS di Kampung Melayu Subang

Banjir kilat: Tiga mangsa dipindahkan ke PPS di Kampung Melayu Subang

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Tiga mangsa termasuk seorang lelaki warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dan seorang bayi ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat yang melanda Kampung Melayu Subang petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata dua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Siantan, manakala identiti mangsa ketiga masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.18 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi pada 5.33 petang.

“Komander operasi melaporkan terdapat banjir dengan kedalaman air sehingga paras pinggang di beberapa lorong di Kampung Melayu Subang.

“Keadaan paras air bagaimanapun dilaporkan semakin menurun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashrul Riezal berkata banjir itu menjejaskan kira-kira 92 rumah di empat kawasan, iaitu Lorong Merbau melibatkan 30 rumah, Jalan Cengal (tujuh), Jalan Resak (lima) dan Jalan Jati (50).

Beliau berkata terdapat penduduk yang enggan meninggalkan kediaman masing-masing walaupun telah diarahkan berpindah oleh pihak bomba.

“Operasi mencari dan menyelamat turut dijalankan bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap dalam banjir berkenaan,” katanya.

Sebanyak lima anggota dengan sebuah jentera dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan operasi. – TVS

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search