Seksyen Dasar
- Admin
- Seksyen Dasar
VISI / MISI DAN OBJEKTIF SEKSYEN
Seksyen Dasar dan Perancangan bertanggungjawab merangka dan menyelaras makro pengurusan bencana negara merangkumi fasa sebelum, semasa dan selepas bencana. Seksyen ini juga berperanan sebagai penyelaras dan penghubung utama antara NADMA dengan Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan di dalam dan luar negara. Seksyen ini juga bertanggungjawab terhadap penglibatan, komitmen serta kerjasama negara di peringkat serantau dan antarabangsa berkaitan isu-isu bencana.
FUNGSI SERTA TANGGUNGJAWAB SEKSYEN DASAR
- Hal Ehwal Parlimen dan Perhubungan Antara Kerajaan
- Mengurus dan menyelaras semua urusan maklum balas awal Mesyuarat Jemaah Menteri / Kertas Jemaah Menteri NADMA dan ulasan Kementerian / Agensi luar;
- Menyelaras dan menyemak kertas dasar / makluman;
- Menyelaras / menyedia jawapan parlimen bagi sesi Dewan Rakyat, Dewan Negara, Prime Minister's Question Time (PMQT), Minister's Question Time (MQT), Kamar Khas, dan Dewan Undangan Negeri;
- Keurusetiaan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikan YAB Timbalan Perdana Menteri (minimum 2 kali setahun);
- Keurusetiaan Mesyuarat High Level Committee (HLC);
- Keurusetiaan mesyuarat-mesyuarat / sesi libat urus peringkat strategik yang telah dijadualkan secara berkala atau secara ad-hoc;
- Menyelaras input nota percakapan, prakata, garis panduan penyediaan bahan audio visual, bahan pameran, dan risalah mengenai pengurangan dan pengurusan risiko bencana; dan
- Penyelarasan antara agensi mengenai isu-isu berkaitan pengurusan / pengurangan risiko bencana yang diterajui lain-lain Kementerian / Jabatan / Agensi seperti Perubahan Iklim, Jerebu, Keselamatan Makanan, Golongan Rentan, dan sebagainya.
- Hubungan Antarabangsa
- Menyelaras dan memantau hubungan dan kerjasama di bawah ASEAN, bilateral, dan multilateral;
- Menyelaras Mesyuarat-Mesyaurat Bilateral dan Joint Working Groups;
- Menyelaras penyediaan ikhtisar dan nota percakapan serta maklum balas berkaitan;
- Menyelaras kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah NADMA daripada agensi antarabangsa dan kedutaan luar negara;
- Menyelaras lawatan delegasi luar negara ke NADMA;
- Menguruskan perjanjian-perjanjian kerjasama (Memorandum of Understanding – MoU) di antara Malaysia dengan negara-negara berpotensi dalam bidang pengurusan bencana;
- Menjalin dan menguruskan lawatan-lawatan rasmi luar negara;
- Menyelaras penglibatan pegawai NADMA ke mesyuarat-mesyuarat, bengkel dan program peringkat antarabangsa; dan
- Meningkatkan kerelevenan Malaysia dalam pertubuhan sejagat dan serantau seperti:
- ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM)
- Global Platform for Disaster Risk Reduction (GPDRR), Asia-Pacific Ministerial Conference on Disaster Risk Reduction (APMCDRR);
- United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR);
- Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC);
- International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG);
- Asian Disaster Reduction Center (ADRC); dan
- lain-lain pertubuhan.
- Dasar dan Perancangan Strategik
- Mengeluarkan strategi, arahan, pelan tindakan, hala tuju dan dasar pengurusan / pengurangan risiko bencana negara;
- Menyelaras pembangunan / penambahbaikan dokumen strategik NADMA (Pelan Strategik, Rancangan Malaysia dan lain-lain);
- Menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti berkaitan lain-lain dasar Kerajaan yang diterajui Kementerian/ agensi berkaitan pengurangan / pengurusan risiko bencana;
- Memantau dan menilai prestasi NADMA secara berkala bagi program seperti berikut:
- Outcome Based Budgeting (OBB);
- Key Performance Indicator (KPI) Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam;
- Pelaporan Penambahbaikan Perkhidmatan Awam
- Rancangan Malaysia; dan
- lain-lain program;
- Memberi khidmat nasihat dalam pengendalian dan kitaran pengurusan risiko bencana.
- Menyelaras penganjuran Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan (PRESTIJ) Pengurusan Bencana di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertujuan untuk pembangunan kompetensi penjawat awam yang terlibat menguruskan bencana di setiap peringkat; dan
- lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
PENCAPAIAN UTAMA
- Penguatkuasaan Arahan NADMA No. 1: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara
Arahan ini mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2024 bagi memperjelas peranan dan tanggungjawab Agensi Kerajaan, badan berkanun, badan swasta dan sukarelawan. Ia berperanan sebagai panduan utama dalam pengurusan bencana bagi mengurangkan risiko dan impak bencana di negara ini. Selain itu, Arahan ini turut menekankan strategi pengurusan risiko yang komprehensif dan inklusif.
- Pelancaran Pelan Strategik NADMA 2024 – 2028 kesinambungan Pelan Strategik NADMA 2019 – 2023
Berpandukan kepada enam (6) Teras Strategik dalam Pelan Strategik ini, NADMA akan memberi fokus kepada peningkatan kapasiti pelbagai pihak dalam mengurus sesuatu bencana secara terselaras berasaskan konsep “whole-of-nation approach”. Seiring dengan penekanan terhadap pengurangan risiko bencana (DRR), Pelan Strategik ini turut dijajarkan bagi memperkukuhkan Dasar DRR Negara dengan menekankan kepentingan pemantauan dan penilaian risiko, pemulihan pasca bencana yang holistik, serta penglibatan komuniti dalam proses perancangan dan pelaksanaan dasar.
- Pengukuhan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan penubuhan High Level Committee (HLC) Pengurusan Bencana Negara
Dalam memperkukuhkan koordinasi dan meningkatkan keberkesanan pengurusan bencana di Malaysia, JPBP telah berfungsi untuk menyelaras dan melaksanakan tindakan pengurusan bencana secara menyeluruh, manakala HLC memastikan keputusan strategik dan dasar yang diambil berkaitan pengurusan bencana adalah berkesan dan efisien. Inisiatif ini juga melibatkan pengaktifan jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah untuk memastikan kesiapsiagaan dan tindak balas yang pantas dalam menghadapi sebarang bencana.
- Pembangunan dan Pelaksanaan Dasar Pengurusan Bencana
NADMA telah membangunkan dan menambah baik dasar pengurusan bencana secara berterusan dan komprehensif, termasuk Dasar Pengurangan Risiko Bencana (DRR) Negara untuk mengurangkan impak bencana melalui pencegahan dan mitigasi. Selain itu, NADMA juga memperkenalkan pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memastikan tindak balas yang cepat dan efisien semasa bencana dengan memperkukuhkan koordinasi antara agensi dan meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana.
- Penyelarasan Penglibatan Pengurusan Tertinggi Jabatan dan Menteri ke Mesyuarat Serantau dan Antarabangsa
NADMA sebagai focal point telah menzahirkan komitmen Malaysia dalam pengurusan bencana di peringkat Serantau dan Antarabangsa melalui ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM), ASEAN Ministerial Meeting in Disaster Management (AMMDM), Conference of the Parties (COP) to the ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER), Governing Board of The ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre), dan sebagainya.
- Penglibatan dalam Kumpulan Kerja Pengurusan Bencana di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Malaysia berperanan sebagai Pengerusi Bersama ACDM Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG on PRR) bagi menyelaraskan persiapan, tindak balas, dan pemulihan bencana di peringkat ASEAN. Sebagai Ahli Tetap pula, penglibatan Malaysia melalui NADMA dalam ACDM Working Group on Global Leadership (WG on GL) dan ACDM Working Group on Prevention and Mitigation (WG on PM) memastikan dasar pengurusan bencana ASEAN adalah selari dengan inisiatif global di samping memfokuskan langkah-langkah pencegahan dan mitigasi untuk mengurangkan kesan dan risiko bencana.
- Penganjuran One ASEAN One Response (OAOR) Roadshow dan Sambutan Peringatan Tahun Ke-20 Peristiwa Tsunami Lautan Hindi Peringkat ASEAN
OAOR Roadshow adalah inisiatif ASEAN yang bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap bencana melalui kerjasama serantau. Semua negara ASEAN mengambil peluang berkongsi pengetahuan, memperkukuhkan jaringan, dan menyelaraskan tindakan dalam menghadapi bencana. Sambutan Peringatan Tahun Ke-20 Peristiwa Tsunami juga bertujuan mengimbau kenangan pahit tragedi yang meragut lebih 230,000 nyawa di 14 negara dan memperkukuhkan komitmen ASEAN dalam mengurangkan risiko bencana serta meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan negara-negara anggota ASEAN dalam menghadapi ancaman bencana besar seperti tsunami.
- Peluasan Kerjasama Antarabangsa dalam Pengurusan Bencana
NADMA telah memperluas kerjasama antarabangsa dalam pengurusan bencana melalui inisiatif seperti kunjungan hormat, lawatan rasmi, dan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU). Terkini, Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Turkiye yang ditandatangani pada tahun 2025 telah menggariskan pelbagai program seperti latihan bersama, pertukaran pengetahuan, dan bantuan semasa bencana. Kerjasama-kerjasama dua hala ini bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan pengurusan bencana negara dan meningkatkan kerjasama serantau dalam menangani ancaman bencana, dan akhirnya akan terus diperluaskan lagi untuk menghadapi cabaran bencana secara global.