VISI / MISI OBJEKTIF SEKSYEN
Bertanggungjawab sebagai Penggubal Dasar Pengendalian Operasi Bencana Bertindak sebagai penyelaras kepada Gerakkerja Agensi melalui arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) NO.20: Dasar Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PENYELARASAN OPERASI
- Merancang dan menyelaras koordinasi bantuan bencana dan kemanusiaan negara, termasuk melibatkan bantuan rantau Asean dan Antarabangsa.
- Bertindak sebagai penyelarasan program pemurnian/semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) / Emergency Response Plan (ERP) / Business Continuity Plan (BCP) yang melibatkan pengendalian bencana bersepadu (multi-agensi).
- Merangka dan menyelaras aktiviti penilaian dan penambahbaikan (post-mortem) bagi aspek koordinasi tindak balas agensi.
- Bertindak sebagai sekretariat kepada jawatankuasa kumpulan kerja kesiapsiagaan dan tindak balas peringkat negara.
- Mengelola pelaksanaan program pemantapan pengurus bencana di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.
- Bertindak sebagai agensi meneraju dalam memberi khidmat nasihat/konsultasi dan sebagai penceramah serta fasilitator bagi program berkaitan pengurusan dan pengendalian bencana.
PERANAN / PENCAPAIAN SEMASA
- Memberi khidmat nasihat dan konsultasi serta khidmat fasilitator dalam pengurusan bencana kepada agensi dalam negara (KKMM, KKM, JPA, ATM, PDRM, Universiti, dll) serta agensi luar negara (ASEAN, AHA Centre, UN-OCHA, UNICEF, WFP, DFAT, dll).
- Mengurus misi bantuan bencana ke luar negara seperti China, Indonesia dan Itali.
penglibatan dalam mesyuarat teknikal MKN bagi pengurusan Covid-19 semasa darurat. - Mengurus pembayaran stesen kuarantin hotel semasa Covid-19 pada tahun 2020-2021