VISI
:: Agensi Peneraju Pengurusan dan Kesiapsiagaan Bencana Negara.
MISI
:: Merancang dan menyelaras operasi bencana dengan berkesan melalui strategi pengendalian yang teratur ke arah kesejahteraan rakyat.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PELAKSANAAN OPERASI
- Merangka kaedah pelaksanaan latihan antara agensi.
- Membantu pelaksanaan tindakan bantuan operasi di lapangan.
- Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program latihan amal pengurusan bencana.
- Mengadakan naziran atau inspektorat pengurusan operasi bencana di peringkat Daerah dan Negeri.
- Memantau pelaksanaan latihan peningkatan keupayaan agensi dalam pengurusan bencana oleh agensi.
- Mengadakan kerjasama dengan agensi peringkat Daerah dan Negeri semasa kesiapsiagaan bencana.
- Menasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat Daerah dan Negeri dalam kaedah pengurusan operasi bencana.
- Merangka, merancang dan menyelaras pelaksanaan pelan tindakan operasi bencana bersama agensi-agensi pengurusan bencana.
PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA
- Pemantauan pengurusan dan pengoperasian bencana di seluruh negara.
- Penyelarasan Persediaan dan Kesiapsiagaan Agensi-agensi Tindak Balas Menghadapi Bencana.
- Pengurusan kemasukkan pengembara dari luar negara melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).
- Penyelarasan pengurusan Stesen Kuarantin (QS) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berisiko Rendah.
- Penyelarasan dan Penyediaan Garis Panduan, Pengarahan, SOP, dan Prosedur Pengurusan Bencana (termasuk Pandemik COVID-19) untuk pelaksanaan semua Agensi berkaitan.