FASA PERALIHAN MONSUN 2026: KELUARGA SIAGA, KESIHATAN TERJAGA!
Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan. Oleh itu, setiap keluarga perlu membuat persediaan awal bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada udara tidak sihat.
Hadkan aktiviti luar apabila perlu, pastikan keperluan asas dan bekalan ubat mencukupi serta simpan nombor telefon penting. 𝗦𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗶𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 demi menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga.
Belanjawan 2027
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
NADMA menyambut baik Belanjawan 2027 yang telah dibentangkan.
Terima kasih Anwar Ibrahim
FASA PERALIHAN MONSUN 2026 BERMULA 9 OKTOBER
Malaysia bakal memasuki Fasa Peralihan Monsun daripada Monsun Barat Daya ke Monsun Timur Laut bermula 9 Oktober 2026 dan dijangka berterusan sehingga penghujung Oktober 2026.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia serta mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti luar.
𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍
Tahukah anda? Setiap maklumat berkaitan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui proses pemantauan, penyelarasan agensi dan penyampaian maklumat kepada masyarakat sebelum tindakan kesiapsiagaan dapat diambil.
Daripada pemantauan kualiti udara oleh JAS, kepada penyelarasan tindakan agensi dan seterusnya maklumat sampai kepada masyarakat,setiap langkah penting bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang tepat dan boleh bertindak mengikut keadaan semasa.
