PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

π…πŽπ‘π”πŒ πˆπŠπ‹πˆπŒ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ”
SKUDAI, 13 Oktober 2026 β€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah menganjurkan Forum Iklim Kebangsaan 2026 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Dalam forum tersebut, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana (Dasar) NADMA, Tuan Saiful Yazan bin Alwi, telah menyampaikan ucaptama (Plenary Address) yang menekankan peranan NADMA sebagai agensi peneraju utama pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana (Disaster Risk Reduction – DRR) negara.
Forum ini menjadi platform strategik untuk membincangkan pendekatan mitigasi bencana dan adaptasi perubahan iklim, khususnya dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) serta potensi impak fenomena El NiΓ±o berintensiti tinggi. Perbincangan turut menekankan kepentingan penyelarasan strategik dan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi akademia, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta serta komuniti bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan negara.
Seiring dengan penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026, usaha ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan MET Malaysia dalam memperkasa agenda pengurangan risiko bencana selaras dengan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015–2030 serta Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030, demi membina negara yang lebih bersedia dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana serta impak perubahan iklim.
Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ πŠπ„π“π„ππ†π€π‡πŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 πŠπ„π‚π„π‘πƒπ€π’π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πƒπ€π˜π€ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑
KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2026 β€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyertai persidangan Smart AI Cities Asia Ke-12 2026 yang berlangsung di KLGCC Convention Centre, Kuala Lumpur. Persidangan anjuran Knowledge Group of Companies ini menjadi platform perkongsian pandangan dan kepakaran mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta inovasi dalam pembangunan bandar pintar yang lebih mampan, cekap dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) dan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia.
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, yang dijemput oleh pihak penganjur untuk menyampaikan pembentangan bertajuk β€œAI for Disaster Resilience: Preparing Cities for a More Uncertain Future”. Pembentangan ini mengetengahkan potensi penggunaan AI dalam memperkukuh daya tahan bandar terhadap risiko bencana, termasuk menyokong perancangan, meningkatkan kesiapsiagaan dan memperkasakan keupayaan menghadapi ketidaktentuan masa hadapan. Penyertaan ini mencerminkan kepentingan penerokaan teknologi dan inovasi dalam memperkukuh pengurusan risiko bencana serta membina komuniti bandar yang lebih bersedia dan berdaya tahan.
Previous Next

πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ π’πˆπ•πˆπ‹-πŠπ„π“π„ππ“π„π‘π€π€π 𝐏𝐀𝐂𝐔 πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
PORT DICKSON, 9 Oktober 2026 β€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus menyokong usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan penyelarasan tindak balas bencana menerusi penyertaan dalam Kursus Staf dan Taktik Gred 2 Siri 3/2026 yang berlangsung di Kem Segenting, Port Dickson. Kursus ini melibatkan peserta dalam kalangan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Zimbabwe dan Brunei, serta menjadi platform perkongsian ilmu berkaitan peranan ketenteraan dalam membantu agensi awam menghadapi situasi kecemasan dan bencana.
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, yang dijemput sebagai penceramah bagi tajuk β€œApply Aid to Civil Agencies in Humanitarian Aid and Disaster Relief (HADR)”. Pembentangan ini mengetengahkan kepentingan kerjasama antara agensi awam dan pihak ketenteraan dalam memastikan tindak balas bencana dilaksanakan secara pantas dan terkoordinasi, termasuk melalui penyediaan tenaga kerja, sokongan logistik serta bantuan teknikal apabila diperlukan. Kerjasama ini penting bagi melindungi nyawa dan harta benda serta membantu memulihkan perkhidmatan asas, sekali gus memperkukuh keberkesanan pengurusan bencana secara bersepadu.
Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 ππ€π†πˆ πŒπ„ππ€ππ†π€ππˆ 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ | πŸπŸ‘ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”
πŸ“ Pangkalan Udara Subang
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang beroperasi dari Pangkalan Udara Subang.
Operasi bermula pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa empat tangki larutan garam dan berakhir pada jam 2.30 petang. Kawasan sasaran pembenihan awan meliputi Pagoh, Yong Peng, Ayer Hitam dan Kluang. Pelaksanaan OPA ini merupakan salah satu langkah mitigasi bagi membantu mengurangkan kesan jerebu yang melanda Negeri Johor.
Usaha ini mencerminkan kerjasama bersepadu antara agensi dalam menangani situasi jerebu yang berpanjangan, di samping melengkapi langkah pemantauan dan pengurusan bencana yang sedang dilaksanakan. Inisiatif ini diharap dapat membantu meningkatkan kualiti udara serta mengurangkan risiko terhadap kesihatan dan kesejahteraan orang awam.
Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π’πŽπŠπŽππ†π€π πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŒπ„ππ“π€π‹ 𝐃𝐀𝐍 ππ’πˆπŠπŽπ’πŽπ’πˆπ€π‹ πƒπ€π‹π€πŒ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
TANJUNG MALIM, 12 Oktober 2026 β€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh perkongsian ilmu dan kepakaran dalam pengurusan bencana menerusi penyertaan dalam International Conference on Disaster Mental Health Counselling (ICDMHC 2026) yang berlangsung pada 12 hingga 13 Oktober 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Persidangan akademik anjuran Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), UPSI ini menjadi platform perkongsian pengetahuan, penyelidikan dan amalan terbaik berkaitan kesihatan mental serta sokongan psikososial dalam konteks bencana.
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, yang dijemput sebagai penceramah bagi tajuk β€œπ˜”π˜¦π˜―π˜΅π˜’π˜­ 𝘏𝘦𝘒𝘭𝘡𝘩 & π˜—π˜΄π˜Ίπ˜€π˜©π˜°π˜΄π˜°π˜€π˜ͺ𝘒𝘭 𝘚𝘢𝘱𝘱𝘰𝘳𝘡 π˜‹π˜Άπ˜³π˜ͺ𝘯𝘨 π˜‹π˜ͺπ˜΄π˜’π˜΄π˜΅π˜¦π˜³β€. Penyertaan ini mencerminkan kepentingan aspek kesihatan mental dan sokongan psikososial dalam pengurusan bencana, khususnya bagi membantu mangsa menghadapi tekanan, membina daya tahan psikologi serta menyokong proses pemulihan. Usaha ini turut menyumbang kepada pengukuhan kerjasama antara agensi, ahli akademik dan pengamal profesional dalam memastikan pengurusan bencana dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, mental dan psikososial.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search