πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππ πππππππππππ πππ ππππππππ πππ ππ πππππππππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππ πππππππππππ πππ ππππππππ πππ ππ πππππππππ πππππ
Β
DA NANG, VIET NAM, 24 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyertai Humanitarian Logistics Management Training dan Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Procedures Workshop pada 19 hingga 23 Oktober 2026 di Hotel Nesta Da Nang, Viet Nam, bagi memperkukuh keupayaan logistik kemanusiaan dan kefahaman terhadap prosedur kemasukan bantuan antarabangsa semasa bencana.
Β
Penyertaan NADMA diwakili En. Mohd Khairi bin Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik, dan Mej. Wazirudin bin Mahfot, KPP SPeO. Program ini merangkumi latihan pengurusan logistik kemanusiaan, rantaian bekalan serta prosedur kastam, imigresen dan kuarantin bagi bantuan antarabangsa. Penglibatan ini mencerminkan komitmen NADMA dalam memperkukuh kompetensi pegawai dan kerjasama serantau ASEAN ke arah penyelarasan bantuan bencana yang lebih cekap, teratur dan berkesan.
ππππππππππ ππππππππ ππππππππππ πππ ππππππππππ πππππ πππππππ πππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππππ ππππππππ ππππππππππ πππ ππππππππππ πππππ πππππππ πππ
Β
MELAKA, 23 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Perjawatan dan Penstrukturan Semula Organisasi NADMA Tahun 2026 pada 21 hingga 23 Oktober 2026 di Melaka. Bengkel ini bertujuan meneliti kesesuaian struktur organisasi dan keperluan perjawatan NADMA agar terus relevan dengan mandat serta cabaran pengurusan bencana negara yang semakin kompleks.
Β
Bengkel ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui perkongsian mengenai dasar, prinsip dan hala tuju penstrukturan organisasi sektor awam. Perbincangan memberi tumpuan kepada penjajaran fungsi, pengoptimuman sumber manusia dan pengukuhan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan penyelarasan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan NADMA dalam pengurusan bencana negara.
ππππππππππ ππππππππππ πππππππ πππππππππ πππππππ πππππππππππ πππππππ πππππ πππππππππππππ ππππππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππππ ππππππππππ πππππππ πππππππππ πππππππ πππππππππππ πππππππ πππππ πππππππππππππ ππππππππ ππππ
Β
KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diwakili oleh Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, sebagai panel forum dalam Persidangan Pengurusan Bencana Kesihatan Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2026 di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur. Beliau terlibat dalam forum bertajuk βFrom Preparedness to Resilience: Advancing Disaster Health Management in Malaysiaβ.
Β
Persidangan ini bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan sektor kesihatan dalam menghadapi bencana serta krisis kesihatan awam. Penyertaan Dr. Ajantha mewakili NADMA turut mencerminkan komitmen agensi dalam memperkukuh perkongsian kepakaran dan kerjasama antara agensi ke arah pengurusan bencana yang lebih cekap dan berkesan.
ππππππππππ πππππππππ πππππππ πππππππ πππ ππππππππππ πππππππ πππππππππ ππππππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππππ πππππππππ πππππππ πππππππ πππ ππππππππππ πππππππ πππππππππ ππππππππππππ
KHABAROVSK, PERSEKUTUAN RUSIA, 16 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menyertai Pre-INSARAG External Reclassification (IER) Mentoring Programme bersama pasukan RUS-03, EMERCOM of Russia, pada 12 hingga 16 Oktober 2026 sebagai mentor bagi memperkukuh kesiapsiagaan pasukan tersebut menjelang penilaian semula INSARAG pada tahun 2027.
Delegasi Malaysia terdiri daripada lapan pegawai NADMA, SMART dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diketuai oleh Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Tuan Addyhanis bin Ahamad, bersama Ketua Mentor RUS-03, SUPT Safrizan bin Suhaini. Program ini merangkumi penilaian simulasi latihan dan dokumen operasi serta cadangan penambahbaikan berdasarkan garis panduan INSARAG, sekali gus memperkukuh perkongsian kepakaran dan kerjasama antarabangsa dalam operasi mencari dan menyelamat.
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππ ππππ πππππππππ ππππππ ππ ππππππ πππππ | ππ πππππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππ ππππ πππππππππ ππππππ ππ ππππππ πππππ | ππ πππππππ ππππ
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang beroperasi dari Pangkalan Udara Subang.
Operasi siri ke-20 ini bermula pada jam 12.00 tengah hari dengan membawa empat tangki larutan garam dan berakhir pada jam 3.30 petang. Operasi menyasarkan kawasan sekitar Negeri Johor susulan keadaan jerebu berpanjangan dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) PM2.5 melebihi 170 selama lebih 24 jam di beberapa kawasan, termasuk Johor Bahru, Pasir Gudang, Tangkak, Kota Tinggi, Batu Pahat, Yong Peng, Kluang dan Pengerang.
Pelaksanaan OPA ini merupakan antara langkah pengurangan risiko bencana yang dilaksanakan secara bersepadu oleh NADMA bersama agensi berkaitan bagi menangani situasi jerebu serta mengurangkan risiko terhadap kesihatan, keselamatan awam dan kesejahteraan masyarakat. Operasi hari ini turut disertai YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap ADUN Yong Peng, serta wakil NADMA dan MET Malaysia sebagai tanda komitmen berterusan dalam melindungi kesejahteraan rakyat.
