𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 | 𝟏𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 | 𝟏𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang beroperasi dari Pangkalan Udara Subang.
Operasi bermula pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa empat tangki larutan garam dan berakhir pada jam 2.30 petang. Kawasan sasaran pembenihan awan meliputi Pagoh, Yong Peng, Ayer Hitam dan Kluang. Pelaksanaan OPA ini merupakan salah satu langkah mitigasi bagi membantu mengurangkan kesan jerebu yang melanda Negeri Johor.
Usaha ini mencerminkan kerjasama bersepadu antara agensi dalam menangani situasi jerebu yang berpanjangan, di samping melengkapi langkah pemantauan dan pengurusan bencana yang sedang dilaksanakan. Inisiatif ini diharap dapat membantu meningkatkan kualiti udara serta mengurangkan risiko terhadap kesihatan dan kesejahteraan orang awam.
