PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐈𝐊𝐋𝐈𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐈𝐊𝐋𝐈𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
SKUDAI, 13 Oktober 2026 — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah menganjurkan Forum Iklim Kebangsaan 2026 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Dalam forum tersebut, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana (Dasar) NADMA, Tuan Saiful Yazan bin Alwi, telah menyampaikan ucaptama (Plenary Address) yang menekankan peranan NADMA sebagai agensi peneraju utama pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana (Disaster Risk Reduction – DRR) negara.
Forum ini menjadi platform strategik untuk membincangkan pendekatan mitigasi bencana dan adaptasi perubahan iklim, khususnya dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) serta potensi impak fenomena El Niño berintensiti tinggi. Perbincangan turut menekankan kepentingan penyelarasan strategik dan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi akademia, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta serta komuniti bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan negara.
Seiring dengan penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026, usaha ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan MET Malaysia dalam memperkasa agenda pengurangan risiko bencana selaras dengan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015–2030 serta Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030, demi membina negara yang lebih bersedia dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana serta impak perubahan iklim.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search