𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐒𝐈𝐕𝐈𝐋-𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐒𝐈𝐕𝐈𝐋-𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
PORT DICKSON, 9 Oktober 2026 — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus menyokong usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan penyelarasan tindak balas bencana menerusi penyertaan dalam Kursus Staf dan Taktik Gred 2 Siri 3/2026 yang berlangsung di Kem Segenting, Port Dickson. Kursus ini melibatkan peserta dalam kalangan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Zimbabwe dan Brunei, serta menjadi platform perkongsian ilmu berkaitan peranan ketenteraan dalam membantu agensi awam menghadapi situasi kecemasan dan bencana.
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, yang dijemput sebagai penceramah bagi tajuk “Apply Aid to Civil Agencies in Humanitarian Aid and Disaster Relief (HADR)”. Pembentangan ini mengetengahkan kepentingan kerjasama antara agensi awam dan pihak ketenteraan dalam memastikan tindak balas bencana dilaksanakan secara pantas dan terkoordinasi, termasuk melalui penyediaan tenaga kerja, sokongan logistik serta bantuan teknikal apabila diperlukan. Kerjasama ini penting bagi melindungi nyawa dan harta benda serta membantu memulihkan perkhidmatan asas, sekali gus memperkukuh keberkesanan pengurusan bencana secara bersepadu.
