πππππ πππππππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ πππππππππππ ππππ πππππ πππππππ ππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ πππππππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ πππππππππππ ππππ πππππ πππππππ ππππππ
KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyertai persidangan Smart AI Cities Asia Ke-12 2026 yang berlangsung di KLGCC Convention Centre, Kuala Lumpur. Persidangan anjuran Knowledge Group of Companies ini menjadi platform perkongsian pandangan dan kepakaran mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta inovasi dalam pembangunan bandar pintar yang lebih mampan, cekap dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) dan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia.
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, yang dijemput oleh pihak penganjur untuk menyampaikan pembentangan bertajuk βAI for Disaster Resilience: Preparing Cities for a More Uncertain Futureβ. Pembentangan ini mengetengahkan potensi penggunaan AI dalam memperkukuh daya tahan bandar terhadap risiko bencana, termasuk menyokong perancangan, meningkatkan kesiapsiagaan dan memperkasakan keupayaan menghadapi ketidaktentuan masa hadapan. Penyertaan ini mencerminkan kepentingan penerokaan teknologi dan inovasi dalam memperkukuh pengurusan risiko bencana serta membina komuniti bandar yang lebih bersedia dan berdaya tahan.
