VISI DAN MISI
Bertindak sebagai Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang menyelaras maklumat dan tindak balas bencana melibatkan agensi teknikal dan agensi tindak balas.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
- Menyedia laporan kejadian bencana kepada pihak-pihak berkepentingan.
- Melaksana perkongsian maklumat bencana merentasi pelbagai agensi teknikal dan agensi tindak balas.
- Memastikan pengoperasian bilik operasi NDCC selama 24 jam setiap hari bagi memantau kejadian bencana.
- Mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat berkaitan bencana dengan Agensi dalam negara serta antarabangsa.
- Mengurus pengumpulan dan penyebaran maklumat serta amaran awal bencana bagi kejadian bencana yang berlaku di seluruh negara.
- Memantau pergerakan pengoperasian bencana termasuk pergerakan Pasukan SMART dan misi bantuan kemanusian (Humanitarian Assistance & Disaster Relief – HADR).
PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA
- Menyediakan notis kesiapsiagaan bencana dan amaran bencana.
- Menyediakan laporan terkini stesen kuarantin COVID-19 seluruh negara.
- Menyedia laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara setiap 4 jam.
- Menyedia laporan bulanan dan laporan tahunan kejadian bencana seluruh negara.
- Melaksanakan perkongsian maklumat bencana menerusi portal bencana secara integrasi bersama agensi teknikal.