OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

National Disaster Command Center (NDCC)

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)

VISI DAN MISI

Peneraju utama dalam menyelaras dan menguruskan maklumat bencana. 

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

  • Menyediakan platform bagi koordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat bersama PKOB Negeri, Agensi Teknikal dan Agensi Tindak Balas.
  • Mengurus pengumpulan maklumat dan penyebaran amaran bencana.
  • Memantau situasi bencana semasa dan menyediakan laporan bencana.
  • Mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat bencana dengan pelbagai agensi dalam negara dan antarabangsa.
  • Memantau pergerakan pengoperasian bencana termasukan pergerakan Pasukan SMART dan misi bantuan kemanusiaan.

 

 PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA

  1. Menyediakan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana kepada Agensi Tindak Balas.
  2. Menyediakan Laporan Terkini Kejadian Bencana Di Seluruh Negara setiap hari.
  3. Menyediakan Laporan Situasi Bencana (SITREP) semasa bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL) dan cuaca panas.
  4. Membangunkan Malaysian Disaster Information Management System (MyDIMS) sebagai pusat pengurusan amaran dan data bencana.
  5. Membangunkan Portal Bencana sebagai portal setempat maklumat dan amaran bencana.
  6. Menyediakan Dashboard Pengurusan Bencana sebagai platform pemantauan dan penyediaan laporan situasi bencana di lapangan.
  7. Menyelaras sebaran amaran banjir dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Syarikat Telekomunikasi.
  8. Menyediakan ringkasan kejadian bencana seluruh negara secara bulanan dan tahunan.
  9. Melaksanakan sesi Emergency Operation Centre Exercise (EOCX) di peringkat ASEAN.
  10. Melaksanakan sesi libat urus dan taklimat mengenai peranan dan fungsi NDCC dalam pengurusan bencana negara.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search