Insarag External Reclassification (IER) Pasulan Siberian Regional SAR (RUS 02)(Medium USAR Team)
- Admin UKK
- Aktiviti dan Latihan
23 Mac 2023 - Sekitar Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-71 yang dirasmikan oleh YB Datuk Armiazan Mohd Ali selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) semalam. Bertepatan dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu; “Semarak Pertahanan Awam”, majlis yang diadakan ini diharap dapat memberi motivasi dan dorongan kepada warga APM untuk terus bersemangat dalam menggalas tanggungjawab selaku agensi yang berperanan memberikan kesedaran serta pendidikan kepada masyarakat berhubung agenda Pertahanan Awam Negara. Majlis turut melibatkan Penganugerahan Bintang dan Pingat Pertahanan Awam, Majlis Pemakaian Pangkat, Penyerahan Watikah Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM melibatkan seramai 96 orang.
Puchong, 11 September 2023~ Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara telah menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap Satu (1) bertempat di Markas SMART. Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini disertai 15 orang pegawai dan anggota pasukan SMART.
Puchong ~ Pada hari ini, Pasukan SMART melakar satu lagi sejarah apabila menerima 11 Keanggotaan baru setelah 1 Pegawai, 1 Penyelia dan 9 anggota berjaya mengharungi dan menamatkan Kursus Khas SMART Tahun 2023 yang berlangsung selama 11 minggu. Kesemua mereka akan diletakkan di pelbagai seksyen mengikut keperluan semasa Pasukan. Sepanjang Kursus berlangsung, para pelatih akan dinilai dari pelbagai aspek termasuklah disiplin yang tinggi, semangat setiakawan, kekuatan fizikal dan mental serta ilmu pengetahuan dalam membentuk seorang anggota penyelamat elit yang terlatih dan bermutu tinggi. Pelatih Keseluruhan Terbaik dianugerahkan kepada PBK II Mohd. Masri bin Tamam , disusuli dengan Pelatih Jasmani Terbaik PPgB Norhisham bin Che Mohd Nor, Pelatih Praktikal Terbaik PB Mohamad Ali bin Zainuddin dan Pelatih Teori Terbaik Insp Abdullah bin Ahmad Sobri. Pemakaian pangkat dan Beret SMART disempurnakan oleh YBrs Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA Encik Meor Ismail bin Meor Akim, disertai oleh pasangan anggota masing-masing. Sejurus sebelum pemakaian Beret ini berlangsung, telah diadakan pemeriksaan berkala "Personal Protective Equipment" (PPE) bagi memastikan siapsiaga pasukan untuk mengaturgerak sebarang operasi dalam ataupun luar negara memenuhi checklist yang ditetapkan.
#malaysiamadanitekadperpaduanpenuhiharapan
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri Jabatan Perdana Menteri