RISIKO CUACA KERING SEMASA MONSUN BARAT DAYA 2026: BERSIAP SEDIA, LINDUNGI DIRI
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
RISIKO CUACA KERING SEMASA MONSUN BARAT DAYA 2026: BERSIAP SEDIA, LINDUNGI DIRI
Monsun Barat Daya membawa keadaan cuaca panas dan kering yang boleh meningkatkan risiko dehidrasi, strok haba serta penurunan paras sungai dan empangan, sekali gus memberi tekanan kepada sumber air.
Cuaca kering juga boleh meningkatkan risiko jerebu, yang menjejaskan kualiti udara dan jarak penglihatan. Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar, menjaga penggunaan air dan sentiasa mengikuti maklumat serta nasihat daripada sumber rasmi.
Cuaca Panas, Jangan Ambil Mudah!
Musim Monsun Barat Daya boleh membawa keadaan cuaca yang lebih panas dan kering. Dalam keadaan ini, tubuh lebih mudah kehilangan air dan mengalami kesan akibat haba.
Jangan tunggu sehingga badan mula menunjukkan gejala Pastikan pengambilan air mencukupi, kurangkan aktiviti berat di bawah cuaca panas dan beri tubuh masa untuk berehat.
Jika mula berasa tidak sihat, segera berteduh di tempat yang lebih sejuk dan dapatkan rawatan sekiranya keadaan bertambah teruk.
3 RISIKO, 1 PERSEDIAAN
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
3 RISIKO, 1 PERSEDIAAN
Monsun Barat Daya bukan sekadar membawa perubahan cuaca, malah boleh meningkatkan beberapa risiko kepada kehidupan seharian seperti kekurangan sumber air, cuaca panas dan jerebu.
Persediaan awal membantu kita menghadapi perubahan cuaca dengan lebih selamat dan tenang.
