OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

Mitos atau Fakta?
Kesiapsiagaan bencana bukan hanya bermula apabila bencana berlaku.
Hakikatnya, kesiapsiagaan bermula dengan pengetahuan yang tepat. Memahami fungsi sistem amaran awal, mengetahui peranan setiap pihak dan membina komuniti yang bersedia adalah kunci untuk mengurangkan risiko serta menyelamatkan nyawa apabila bencana melanda.
Melalui pendekatan pengurusan bencana yang menyeluruh, NADMA terus memperkukuh budaya kesiapsiagaan dengan meningkatkan kesedaran awam, memperkasakan komuniti dan menggalakkan tanggungjawab bersama dalam menghadapi sebarang bencana.
Previous Next

Sistem Amaran Awal memberi masyarakat masa untuk bersedia sebelum bencana berlaku.

Melalui penyampaian maklumat yang tepat pada masanya, sistem ini membantu orang ramai membuat persediaan, mengambil tindakan awal dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda.

Apabila amaran cuaca atau bencana dikeluarkan, pastikan anda sentiasa mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi pihak berkuasa, menyediakan Beg Siaga ketika bencana, mengelakkan perjalanan ke kawasan berisiko serta bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan.

Previous Next

💧 Rasa sejuk tidak bermakna badan anda "cukup air".

Ramai menganggap bekerja di dalam pejabat berhawa dingin mengurangkan risiko dehidrasi. Hakikatnya, badan tetap kehilangan air walaupun kita tidak berpeluh dengan banyak.

Kurang minum air ketika berada dalam bilik berhawa dingin boleh menyebabkan keletihan, hilang fokus, sakit kepala dan menjejaskan prestasi kerja. Risiko ini menjadi lebih tinggi ketika Monsun Barat Daya yang membawa cuaca lebih panas dan kering.💧 Rasa sejuk tidak bermakna badan anda "cukup air".

Ramai menganggap bekerja di dalam pejabat berhawa dingin mengurangkan risiko dehidrasi. Hakikatnya, badan tetap kehilangan air walaupun kita tidak berpeluh dengan banyak.

Kurang minum air ketika berada dalam bilik berhawa dingin boleh menyebabkan keletihan, hilang fokus, sakit kepala dan menjejaskan prestasi kerja. Risiko ini menjadi lebih tinggi ketika Monsun Barat Daya yang membawa cuaca lebih panas dan kering.

Previous Next

☀️🎒 PANAS TERIK? JANGAN LUPA BEG KESIAPSIAGAAN!

Monsun Barat Daya sering membawa cuaca panas dan kering yang boleh meningkatkan risiko dehidrasi, kelesuan haba serta strok haba. Persediaan awal bukan sahaja membantu melindungi diri, malah memastikan anda dan keluarga sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Previous Next

☀️ CUACA PANAS: SIAPA YANG PERLU LEBIH BERHATI-HATI?

Cuaca panas bukan sekadar menyebabkan rasa tidak selesa, malah boleh memberi kesan serius kepada kesihatan, khususnya kepada golongan yang lebih berisiko. Semasa Monsun Barat Daya, suhu yang tinggi boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan haba dan strok haba jika langkah pencegahan diabaikan. Mengenal pasti siapa yang lebih mudah terjejas adalah langkah pertama untuk melindungi diri dan orang tersayang.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search