⚽🌞 KEKAL CERGAS, KEKAL SELAMAT!
Cuaca panas bukan alasan untuk berhenti bersukan, tetapi ia adalah peringatan untuk bermain dengan lebih bijak. Ketika Monsun Barat Daya, suhu yang tinggi boleh meningkatkan risiko dehidrasi, kekejangan otot dan strok haba jika kita mengabaikan langkah keselamatan. Sedikit persediaan sebelum turun ke padang mampu membuat perbezaan besar kepada kesihatan dan prestasi anda.
Monsun Barat Daya bukan sekadar cuaca panas. Ia membawa risiko kemarau, gangguan bekalan air, jerebu serta kebakaran terbuka. Jangan alpa hanya kerana langit kelihatan cerah. Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga keluarga.
APA ITU BENCANA? PENGURANGAN RISIKO BENCANA DAN APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Bencana tidak boleh dihentikan, tetapi risikonya boleh dikurangkan jika kita bersedia dari sekarang.
Pengurusan bencana bukan sekadar memberi tindak balas ketika kecemasan, tetapi merangkumi lima komponen utama Pengurangan Risiko Bencana, iaitu Pencegahan, Mitigasi, Kesiapsiagaan, Tindak Balas dan Pemulihan. Setiap komponen memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko, melindungi nyawa, mengurangkan kerugian harta benda serta mempercepat proses pemulihan selepas bencana.
Kesiapsiagaan bermula dengan tindakan yang boleh dilakukan oleh setiap individu, seperti menyediakan kit kecemasan, mengikuti maklumat rasmi daripada agensi berkaitan, merancang pelan kecemasan bersama keluarga, mengenal pasti risiko di kawasan kediaman dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
APA ITU BENCANA? JENIS-JENIS BENCANA DAN IMPAK BENCANA TERHADAP MASYARAKAT
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Bencana boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Kesan yang ditinggalkan bukan sahaja melibatkan kerosakan fizikal, tetapi turut memberi impak kepada kehidupan, ekonomi, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Jangan tunggu sehingga bencana berlaku untuk mula bertindak. Mulakan dengan langkah mudah kenali ancaman di kawasan anda, sediakan keperluan kecemasan dan sentiasa peka terhadap maklumat rasmi.
🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang memberi impak besar kepada nyawa, harta benda, ekonomi, masyarakat dan alam sekitar sehingga melebihi keupayaan komuniti atau negara untuk menanganinya menggunakan sumber sedia ada.
Memahami perbezaan ini bukan sekadar menambah ilmu, malah membantu kita menjadi lebih bersedia apabila berdepan situasi kecemasan. Kenali maksud sebenar bencana berdasarkan Arahan NADMA No. 1 dan jadikan kesiapsiagaan sebagai budaya dalam melindungi diri, keluarga serta komuniti. Ilmu hari ini mampu menjadi penyelamat pada masa hadapan.
