πππππ ππππππππ πππππππππππππ πππππππ πππππ ππππ πππππππ πππππππ πππππ ππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ πππππππππππππ πππππππ πππππ ππππ πππππππ πππππππ πππππ ππππ ππππ
LAHAD DATU, 5 NOVEMBER β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai Latih Amal ππ’π£ππ¦ ππ°π± ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ (πππ) dan Field ππ³π’πͺπ―πͺπ―π¨ ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ (πππ) Bencana Tsunami Zon Lahad Datu 2026 pada 3 hingga 5 November 2026 bagi menguji kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas agensi dalam menghadapi ancaman tsunami.
Latihan yang diterajui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lahad Datu ini melibatkan pelbagai agensi menerusi simulasi amaran awal, pemindahan penduduk, operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta pengurusan PPS. Penglibatan NADMA sebagai moderator turut menilai keberkesanan penyelarasan dan operasi PKOB bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan selaras dengan Arahan NADMA No. 1.
πππππππππ πππππ-ππππ ππππππππ πππππππππ πππππ ππππππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππ πππππ-ππππ ππππππππ πππππππππ πππππ ππππππππππ πππππππ
SELANGOR,5 NOVEMBER - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah diwakili oleh Tuan Shaiful bin Yazan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), serta Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Dasar dalam Mesyuarat NADMA-UNCC. Mesyuarat ini merupakan platform bagi membincangkan perkara berkaitan dasar serta memperkukuh kerjasama dalam pengurusan bencana.
Penyertaan NADMA dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mempertingkatkan penyelarasan, kerjasama strategik dan kesiapsiagaan bagi memastikan pengurusan bencana negara dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berkesan.
πππππππ πππππππ πππππππ ππ πππππ ππππππππππ πππππππππ (πππ) πππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππ πππππππ πππππππ ππ πππππ ππππππππππ πππππππππ (πππ) πππππ πππππππ
KAMPUNG MELAYU SUBANG β Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke PPS Dewan Siantan bagi menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir kilat petang semalam. Lawatan tersebut turut memberi peluang kepada beliau untuk bertanya khabar, mendengar keluhan serta meninjau keperluan keluarga yang terpaksa dipindahkan ke PPS.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Encik Saiful Yazan bin Alwi serta Pengarah Seksyen Logistik NADMA, Encik Mohd Khairi bin Abd. Ghani Lawatan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mangsa banjir, di samping menekankan kepentingan penyampaian bantuan dan penyelarasan agensi serta pelaksanaan langkah mitigasi bagi mengurangkan risiko kejadian banjir berulang.
πππππ ππππππππ πππππππππππππ πππππππ πππππππ ππππππ ππππππ πππππ πππππππ ππππππ ππππππ πππππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ πππππππππππππ πππππππ πππππππ ππππππ ππππππ πππππ πππππππ ππππππ ππππππ πππππππππππ
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan Lawatan Kerja Projek Rintis Inspektorat Pengurusan Operasi Bencana di Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia Tahun 2026 selama tiga hari, bermula 28 hingga 30 Oktober 2026 di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Inisiatif ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan, keupayaan serta keberkesanan pengurusan operasi bencana di peringkat negeri, khususnya menjelang Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.
Lawatan yang diselaraskan oleh Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO) NADMA ini memberi tumpuan kepada penilaian enam komponen utama, iaitu kewangan, sumber manusia, logistik dan bekalan, komunikasi, fasiliti dan infrastruktur serta pengurusan maklumat. Penilaian ini turut melibatkan kawasan berisiko banjir di ketiga-tiga negeri bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan jurang keupayaan dalam mekanisme pengurusan operasi bencana. NADMA berharap dapatan projek rintis ini dapat menjadi asas kepada pembangunan kerangka inspektorat yang lebih seragam dan sistematik, sekali gus memperkukuh penyelarasan antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan agensi berkaitan serta meningkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi bencana. Delegasi NADMA diketuai oleh PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin bersama pegawai-pegawai NADMA.
πππππβπππππ ππππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππ πππππππππππ πππ ππππππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππβπππππ ππππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππ πππππππππππ πππ ππππππππππ πππππππ
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan sesi perbincangan bersama MERCY Malaysia yang diketuai oleh Presiden, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus. Sesi ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datoβ Hussain bin Moh, bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh misi kemanusiaan, bantuan kepada mangsa bencana serta kesiapsiagaan komuniti menghadapi bencana.
NADMA turut menghargai komitmen dan inisiatif MERCY Malaysia, khususnya dalam penyediaan Kit Respons Kecemasan kepada komuniti terjejas akibat jerebu di Lembah Klang, Sarawak dan Johor, terutama golongan rentan. NADMA komited untuk terus mempererat kerjasama bersama MERCY Malaysia dan Rakan NADMA dalam memperluas misi kemanusiaan serta program advokasi bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti terhadap bencana. Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai kanan daripada NADMA dan MERCY Malaysia.
