OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menghadiri Mesyuarat Ke-8 ASEAN Disaster Resilience Platform (ADRP) yang diadakan bersama Mesyuarat Ke-47 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada 13 dan 14 Oktober 2025.
 
Ketua Pengarah NADMA juga akan mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Mesyuarat Ke-13 ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pada 15 Oktober 2025.
Previous Next

13 Oktober 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bil. 2 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi JPBP.
 
Mesyuarat yang diadakan di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut, Pahang ini dihadiri oleh Kementerian/Jabatan, agensi tindak balas, agensi teknikal, agensi sokongan serta agensi bantuan dan pemulihan bagi membincangkan mengenai persediaan kerajaan dalam menghadapi Monsun Timur Laut 2025/2026.
Previous Next

12 Oktober 2025 - Telah berlangsung Program Rehlah MADANI Siaga yang dianjurkan oleh NADMA dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut di Masjid Tengku Ahmad, Taman LKNP, Jerantut, Pahang.
 
YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri turut serta dalam program ini bagi memperkukuh dan mengeratkan ukhuwah antara masyarakat setempat. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA bersama barisan pengurusan tertinggi NADMA.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search