OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

Tinjauan Operasi Pengurusan Bencana di Negeri Perak | 27 November 2025

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah melakukan tinjauan pengurusan dan penyelarasan operasi bencana MTL 2025/2026 di sekitar Negeri Perak.

Sebanyak 6 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beliau lawati iaitu:
1. PPS SK Batu 10, Lekir, Manjung;
2. ⁠PPS Dewan Serbaguna PDT Bagan Datuk;
3. ⁠PPS Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk;
4. ⁠PPS SMK Sungai Ranggam, Mukim Kota Setia;
5. ⁠PPS Dewan Rumah Rehat Teluk Intan; dan
6. ⁠PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap.

Ketua Pengarah NADMA telah disambut oleh Pegawai-Pegawai Daerah yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) masing-masing.

Beliau juga turut melihat sendiri keadaan bencana banjir yang melanda kawasan kediaman YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di Bagan Datuk. Beliau menyarankan kepada semua Agensi Kerajaan, Agensi Tindak Balas, Agensi Teknikal dan pasukan sokongan supaya terus kuat dan bersemangat dalam melaksanakan tugas dan menyelamat mangsa-mangsa bencana banjir MTL 2025/2026 ini di kawasan masing-masing yang mana trend dilihat menunjukkan semakin meningkat termasuk risiko kejadian Ribut Taufan Senyar.

Selain itu, beliau berpeluang menyampaikan kit makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di PPS. Beliau juga berpuas hati dengan pengurusan PPS yang telah diselaraskan oleh Kerajaan Negeri Perak dan berharap agar perihal kebajikan mangsa-mangsa sentiasa diberi perhatian terutamanya kepada calon-calon SPM, kanak-kanak, warga emas, OKU dan juga wanita mengandung atau berpantang.

Previous Next

Tinjauan Operasi Pengurusan Bencana di Negeri Kedah | 27 November 2025

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah tiba di Dewan Wawasan Jitra, Kubang Pasu dan disambut oleh Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu.

Ketua Pengarah NADMA telah diberi taklimat berkaitan situasi semasa dan penyelarasan pengurusan operasi banjir serta pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi daerah Kubang Pasu. Beliau sempat menyantuni mangsa-mangsa banjir yang mendapat perlindungan di PPS ini sebelum meneruskan sesi tinjauan ke Negeri Perak.

Previous Next

Lawatan Kerja Rasmi dan Pengoperasian Ketua Pengarah NADMA ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Mesyuarat Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Perlis | 27 November 2025

Hari kedua pengoperasian MTL 2025/2026 Ketua Pengarah NADMA di Negeri Perlis, beliau sempat mengadakan lawatan kerja rasmi ke atas YB Dato’ Rahimi Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis di pejabatnya pagi tadi sebelum meneruskan tinjauan operasi pengurusan bencana ke Negeri Kedah dan Perak.

Ketua Pengarah NADMA turut dijemput menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Perlis bagi MTL 2025/2026 bagi mendapatkan status semasa situasi pengurusan dan pengoperasian bencana MTL 2025/2026 di Negeri Perlis termasuk perkara berkaitan lokasi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kemudahan calon-calon SPM ke lokasi peperiksaan, situasi cuaca semasa dan paras air serta situasi semasa di Empangan Timah Tasoh.

Selain itu, YBrs. Encik Rusdi Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Perlis turut hadir dalam sesi lawatan kerja dan mesyuarat tersebut bersama Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Negeri Perlis.

Previous Next

26 November 2025, Kelantan - Badan Bukan Kerajaan (NGO) Rakan NADMA telah berada di lapangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan. Bantuan meliputi makanan dan keperluan hygiene, bantuan psikologi awal kepada kanak-kanak dan mangsa bencana, bantuan membawa keluar mangsa bencana dari kediaman ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta lain-lain bentuk bantuan bagi meringankan beban mangsa bencana yang terkesan.

Previous Next

Sesi Pre Council bersama YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada 27 November 2025 | 26 November 2025 | Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur

YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menjawab pertanyaan daripada YB Padang Terap di Dewan Rakyat berkaitan tanggungjawab NADMA yang melibatkan situasi semasa bencana banjir dan langkah kesiapsiagaan Kerajaan bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026.

Sesi pre council ini turut disertai oleh YBrs. Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar NADMA dan pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search