OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

12 JUN 2024 - Telah berlangsung taklimat mengenai pelaksanaan Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Dron (PTK2Dron) bagi operasi bantuan kecemasan dan bencana negara oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
 
Antara perkara yang dibincangkan ialah penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Dron (PTK2Dron), penyediaan polisi dan prosedur penggunaan dron ketika operasi bencana dan permohonan keperluan peruntukan operasi PTK2Dron. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.
Previous Next

11 Jun 2024 - YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA menyampaikan ucapan aluan dalam Majlis Perasmian Weather Climate and Science for Service Partnership (WCSSP) Southeast Asia 6th Regional Workshop yang berlangsung dari 10 hingga 13 Jun 2024 di Hotel The Wembley St. Giles, Pulau Pinang.
 
Bengkel teknikal ini dianjurkan bersama oleh United Kingdom Meterological Office (UKMO) dan Pasukan WCSSP Malaysia terdiri daripada NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan MiGHT.
 
Delegasi Pasukan WCSSP daripada United Kingdom, Filipina, Indonesia, Vietnam dan rakan kolaborasi daripada universiti seramai 80 orang berkumpul untuk membincangkan penambahbaikan saintifik dalam model ramalan cuaca berimpak tinggi (HIW) dan utilisasi data cuaca dalam ramalan berasaskan impak dan pengurusan bencana berkaitan cuaca.
Previous Next

10 Jun 2024 - Telah berlangsung Perasmian Kursus Incident Command System (ICS): Modul Planning Section Chief yang dirasmikan oleh YBrs. En Mohd Khairi bin Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA. Kursus ini akan berlangsung selama 5 hari bermula 10 Jun hingga 14 Jun 2024 di Dewan Wawasan, Markas SMART, Puchong. Kursus ini merupakan kerjasama sinergi di antara NADMA dan USFS dalam menerapkan konsep ICS di dalam pengurusan bencana ke arah yang lebih komprehensif dan efektif. Seramai 22 peserta yang menghadiri kursus ICS terdiri daripada pelbagai Agensi, Kementerian & NGO.

Previous Next

SESI LIBAT URUS NADMA BERSAMA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU TAHUN 2024: MESYUARAT PENYELARASAN PERUNTUKAN BENCANA NADMA DAN SISTEM DGIM KUALA TERENGGANU | 10 JUNE 2024

Telah berlangsung Sesi Libat Urus NADMA Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA dan Sistem DGIM yang bertujuan untuk:

(i) Mengenal pasti dan mendapatkan maklum balas mengenai garis panduan tatacara pemberian BWI dan garis panduan tatacara perbelanjaan peruntukan pengoperasian bencana MTL yang telah diperkenalkan semasa sesi jerayawara tahun 2023 bagi persediaan MTL 2023/2024;

(ii) Memantau peruntukan bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian bencana MTL 2023/2024 serta lain-lain perbelanjaan di bawah NADMA;

(iii) Memberi penjelasan mengenai permohonan senarai penerima bantuan bencana untuk dikemaskini dalam Sistem e-Pasca di bawah NADMA;

(iv) Mendapatkan status perbelanjaan pembaikan dan naik taraf PPS dan pembinaan PPKB

(v) Mendapatkan senarai NGO yang telah berdaftar di bawah Rakan NADMA di setiap negeri; dan

(vi) Memperkenalkan Sistem DGIM bagi tujuan pelaporan perbelanjaan bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian MTL 2023/2024 secara bulanan, pelaporan profil daerah dan negeri, pelaporan pergerakan NGO di lapangan.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search