OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Korban akibat hujan lebat di Pakistan, India meningkat 73 orang

Korban akibat hujan lebat di Pakistan, India meningkat 73 orang

ISLAMABAD: Jumlah kematian akibat hujan berterusan serta banjir kilat di Pakistan dan India meningkat kepada 73 orang, ketika pihak berkuasa di Islamabad memberi amaran keadaan monsun dijangka berlarutan di beberapa bahagian negara itu.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan (NDMA), sekurang-kurangnya 63 maut dan lebih 100 cedera dalam insiden berkaitan hujan sejak 26 Jun lalu.

Dalam laporan terbaharunya, NDMA berkata, enam kematian dan 14 kecederaan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah keseluruhan, 21 orang termasuk 11 kanak-kanak maut di Punjab, 22 termasuk 10 kanak-kanak dan lima wanita di Khyber Pakhtunkhwa, 15 di Sindh serta lima lagi di wilayah Balochistan.

Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan turut menyebabkan kerosakan infrastruktur dan gangguan pengangkutan, terutama di kawasan rendah dan berisiko tinggi.

Sementara itu, jumlah kematian akibat banjir kilat di negeri Himachal Pradesh, utara India, meningkat kepada 10 orang, manakala 34 lagi dilaporkan hilang, menurut kenyataan Pusat Operasi Kecemasan.

Kenyataan itu turut memaklumkan, lebih 350 orang diselamatkan dari pelbagai lokasi dalam tempoh 32 jam lalu.

Musim monsun yang membawa hujan lebat biasanya berlaku dari Jun hingga September di Pakistan dan India.- ANADOLU

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search