OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Empat kawasan di Sarawak rekod IPU sangat tidak sihat

Empat kawasan di Sarawak rekod IPU sangat tidak sihat

KUALA LUMPUR: Empat kawasan di Sarawak merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap bahaya dengan bacaan IPU melebihi 200 setakat jam 8 pagi tadi.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati, Sri Aman mencatatkan IPU tertinggi dengan bacaan 298, diikuti Kuching (276), Samarahan (257) dan Sarikei (227).

Sebanyak 15 lokasi merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Sarawak, Sabah, Labuan dan Selangor.

Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat di lapan lokasi iaitu Sibu (191), Bintulu (176), Kapit (176), Mukah (172), Samalaju (167), Limbang (155), ILP Miri (153) dan Miri (134).

Di Sabah, bacaan IPU tidak sihat direkodkan bagi kawasan Politeknik Kota Kinabalu (166), diikuti Kimanis (165), Keningau (165) dan Kota Kinabalu (164).

Labuan juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 162, manakala Johan Setia merekodkan bacaan 112.

Sementara itu, 45 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana dan tiga kawasan mencatatkan bacaan baik.

Sebelum ini, media melaporkan operasi pembenihan awan sedang dilaksanakan di kawasan dilanda jerebu terutama yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150, selain kawasan empangan yang menunjukkan penyusutan paras air.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata operasi itu dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search