FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL
- Sekretariat Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN);
- Mengurus dan memantau peruntukan Bantuan Wang Ihsan (BWI), Bantuan Wang Ihsan Kematian (BWI-Kematian) dan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana kepada negeri-negeri dan agensi-agensi tindak balas;
- Sebagai Sekretariat Rakan NADMA;
- Menjalin rangkaian kerjasama strategik dalam mengkoordinasi pergerakan dan bantuan bencana bersama sukarelawan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), badan korporat pihak swasta dan Institusi Pengajian Tinggi; Awam dan Swasta serta masyarakat; dan
- Menyelaras kerjasama dalam melaksanakan program kesedaran bencana untuk komuniti melalui program-program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM).
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 2025
Unit KWABBN
- Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara: Sasaran 2 kali setahun
- Penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan: Sasaran 1 kali setahun
- Penyaluran peruntukan BWI dan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana: Sasaran 14 negeri setahun
- Sesi Libat Urus NADMA Bersama Kerajaan Negeri: Sasaran 14 negeri setahun
Unit Komuniti & Sosial
- Program Pemerkasaan Komuniti: Belia, Luar Bandar, NGO, Umum (Community Based Disaster Risk Reduction - CBDRM): Sasaran 20,000 peserta setahun
- Mobilisasi Pergerakan Sukarelawan Rakan NADMA di lapangan: Sasaran 10,000 sukarelawan NGO Rakan NADMA setahun
- Simulasi Pengurusan PPS bersama JKM dan Rakan NADMA : Sasaran 30 program setahun
- Bengkel Cadangan BWI-BSN: Sasaran 6 bengkel setahun
- Sharing Session bersama NGO Rakan NADMA: Sasaran 8 sesi setahun