OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

26 Februari 2024 - Sekitar sesi perbincangan dua hala antara Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jebat, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi.

Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya APM bersama YBhg Datuk Khairul Shahril Bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA serta barisan pengurusan tertinggi antara APM dan NADMA. Perbincangan dua hala ini memfokuskan kerjasama, pengetahuan, pengembangan dan teknikal yang dapat diberikan kepada kedua-dua belah pihak.

Previous Next

20 Februari 2024, Luang Prabang, Lao PDR - Capacity Building on Protection, Gender and Inclusion telah diadakan selama dua (2) hari pada 19-20 Februari 2024. Bengkel ini merupakan bengkel di bawah program ASEAN-PRIME; ASEAN Protection, Resilience and Inclusion for Multi-Hazard Emergencies. 

Bengkel ini dihadiri oleh ahli ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) Working Group on Prevention and Mitigation, Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (SOMSWD), ASEAN Committee on Women (ACW), Sekretariat ASEAN, AHA Centre, UN Women dan RedR Australian Aid. 

NADMA selaku ACDM Malaysia telah diwakili oleh Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Dasar dan Perancangan, NADMA. Turut hadir wakil daripada KPWKM selaku ACW dan JKM selaku SOMSWD

 

Previous Next

20 Feb 2024, Selasa -  Telah berlangsung Sesi Libat Urus Semakan Draf Dasar Nasional Pengurangan Risiko Bencana 2024-2030 bersama pihak berkepentingan di peringkat persekutuan dan negeri di Dewan Wawasan Markas SMART. Sesi libat urus ini telah dihadiri 70 orang pegawai kanan wakil daripada peringkat persekutuan dan negeri bagi sama-sama meneliti dan memberi cadangan penambahbaikan ke atas draf Dasar Nasional Pengurangan Risiko Bencana 2024-2030 sebelum dimuktamadkan.

 Sesi libat urus ini merupakan fasa akhir sebelum draf dasar nasional ini dimuktamadkan dan seterusnya dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang di jangka pada bulan Mac 2024.

Previous Next

20 Feb 2024 -  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Lembaga Angkasa Malaysia yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah bersetuju agar satu Jawatankuasa Kerja Triti Angkasa ditubuhkan. Sebagai permulaan bagi tahun ini, Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) telah  mengadakan Bengkel Jawatankuasa Kerja Triti Angkasa 2024 yang telah berlangsung pada 19 & 20 Februari 2024 bertempat di Avillion, Port Dickson

 Bengkel yang dilaksanakan pada kali ini bertujuan untuk mendapatkan input/ maklum balas ketersediaan negara menyertai Triti Angkasa tersebut serta meneliti dan memuktamadkan syor Triti Angkasa yang paling relevan untuk disertai berdasarkan kepentingan semasa Negara. Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai Kementerian dan ahli akademik yang telah dilantik sebagai Ahli Tetap dan Ahli Ganti JK Kerja Triti Angkasa. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Malaysia telah diwakili oleh En Shanmugam A/L Gopalan - KPP SPeO sebagai Ahli Tetap JK Kerja Triti Angkasa

Previous Next

5 Februari 2024 - YBhg. Ketua Pengarah NADMA telah memenuhi jemputan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi lawatan ke Pusat Pengalaman Imersif 5G (Portal My5G).  Portal My5G merupakan pusat pengalaman imersif 5G yang terbaik di rantau Asia. Pusat ini mempamerkan lebih dari 50 kes penggunaan dan penyelesaian merangkumi pelbagai sektor merangkumi keselamatan awam, logistik, kesihatan dan peruncitan.  Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Pasca), Pengarah Logistik, Pengarah NDCC, Pengarah BKP, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pegawai-pegawai NADMA.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search