Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bil 2 Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
13 Oktober 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bil. 2 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi JPBP.
Mesyuarat yang diadakan di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut, Pahang ini dihadiri oleh Kementerian/Jabatan, agensi tindak balas, agensi teknikal, agensi sokongan serta agensi bantuan dan pemulihan bagi membincangkan mengenai persediaan kerajaan dalam menghadapi Monsun Timur Laut 2025/2026.
