πππππ ππππππππ ππππππππ πππππππππ ππππππ πππ πππππππππππ πππππ ππππππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ ππππππππ πππππππππ ππππππ πππ πππππππππππ πππππ ππππππππππ πππππππ
TANJUNG MALIM, 12 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh perkongsian ilmu dan kepakaran dalam pengurusan bencana menerusi penyertaan dalam International Conference on Disaster Mental Health Counselling (ICDMHC 2026) yang berlangsung pada 12 hingga 13 Oktober 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Persidangan akademik anjuran Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), UPSI ini menjadi platform perkongsian pengetahuan, penyelidikan dan amalan terbaik berkaitan kesihatan mental serta sokongan psikososial dalam konteks bencana.
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, yang dijemput sebagai penceramah bagi tajuk βππ¦π―π΅π’π ππ¦π’ππ΅π© & ππ΄πΊπ€π©π°π΄π°π€πͺπ’π ππΆπ±π±π°π³π΅ ππΆπ³πͺπ―π¨ ππͺπ΄π’π΄π΅π¦π³β. Penyertaan ini mencerminkan kepentingan aspek kesihatan mental dan sokongan psikososial dalam pengurusan bencana, khususnya bagi membantu mangsa menghadapi tekanan, membina daya tahan psikologi serta menyokong proses pemulihan. Usaha ini turut menyumbang kepada pengukuhan kerjasama antara agensi, ahli akademik dan pengamal profesional dalam memastikan pengurusan bencana dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, mental dan psikososial.
