PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„π‘π’πˆπ€ππ€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 πƒπˆπ‘π€π‰π€ πƒπˆ π“π€ππ€πŠ π’πˆπŒπ”π‹π€π’πˆ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Β 
KUALA LUMPUR, 6 Julai – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi memastikan penganjuran acara rasmi negara dilaksanakan dengan lancar, selamat dan tersusun menerusi lawatan tapak yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Haji Hussain Moh, ke Tapak Simulasi Bencana Negara sebagai persediaan menjelang majlis yang dijangka disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Ogos atau September ini.
Β 
Lawatan tersebut bertujuan meneliti aspek keselamatan, logistik, pergerakan tetamu kenamaan, pelan kontingensi serta kesiapsiagaan fasiliti bagi memastikan setiap keperluan penganjuran memenuhi standard pengurusan acara bertaraf nasional. Sebanyak tiga lokasi di Tapak Simulasi Bencana Negara telah dikenal pasti sebagai pilihan bagi penganjuran majlis berkenaan, yang bakal menjadi acara rasmi pertama diadakan di pusat tersebut.
Β 
Datuk Hussain berkata, persediaan awal melalui lawatan tapak amat penting bagi memastikan setiap aspek pengurusan risiko, penyelarasan antara agensi dan pelan kontingensi dilaksanakan secara menyeluruh. Ia sekali gus menyerlahkan keupayaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai agensi penyelaras utama pengurusan bencana negara dalam merancang, menyelaras dan mengurus keperluan logistik, keselamatan serta kesiapsiagaan bagi penganjuran acara rasmi bertaraf nasional.
Β 
Usaha ini bukan sahaja memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung, malah memperkukuh keyakinan rakyat terhadap tahap kesiapsiagaan negara dalam mengurus operasi berskala besar yang memerlukan koordinasi pelbagai agensi. Pada masa sama, penggunaan Tapak Simulasi Bencana Negara sebagai lokasi penganjuran mencerminkan komitmen NADMA untuk mengoptimumkan kemudahan strategik negara sebagai platform yang menyokong pengurusan bencana, latihan, persidangan dan program rasmi berimpak tinggi
Previous Next

πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π π‘π€πŠπ˜π€π“ πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ 𝐒𝐀𝐑𝐄𝐗 𝐋𝐀𝐍𝐆 ππ‘πŽππŽπŠ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
LANGKAWI, 2 Julai 2026 – Rakyat mendapat manfaat melalui keupayaan agensi penyelamat yang sentiasa bersedia bertindak secara pantas, cekap dan bersepadu ketika berlaku bencana maritim, sekali gus meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa serta mengurangkan impak kepada komuniti.
Β 
Keupayaan ini turut memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana yang semakin kompleks, di samping memastikan koordinasi antara pelbagai agensi sentiasa berada pada tahap terbaik bagi melindungi keselamatan rakyat dan kepentingan negara.
Β 
Usaha tersebut diterajui oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi pelaksanaan 𝘚𝘦𝘒𝘳𝘀𝘩 𝘒𝘯π˜₯ π˜™π˜¦π˜΄π˜€π˜Άπ˜¦ 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘀π˜ͺ𝘴𝘦 (π˜šπ˜ˆπ˜™π˜Œπ˜Ÿ) π˜“π˜’π˜―π˜¨ π˜‰π˜³π˜°π˜―π˜°π˜¬2026, yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik bagi menguji operasi mencari dan menyelamat (SAR), π˜”π˜’π˜΄π˜΄ π˜™π˜¦π˜΄π˜€π˜Άπ˜¦ π˜–π˜±π˜¦π˜³π˜’π˜΅π˜ͺ𝘰𝘯 (π˜”π˜™π˜–),pengurusan tumpahan minyak serta pengaktifan Pangkalan Hadapan CARILAMAT mengikut prosedur operasi yang ditetapkan.
Β 
SAREX Lang Bronok 2026 turut mencipta sejarah sebagai latihan pertama yang menggabungkan π˜›π˜’π˜£π˜­π˜¦π˜΅π˜°π˜± 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘀π˜ͺ𝘴𝘦 (π˜›π˜›π˜Ÿ) dan 𝘍π˜ͺ𝘦𝘭π˜₯ π˜›π˜³π˜’π˜ͺ𝘯π˜ͺ𝘯𝘨 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘀π˜ͺ𝘴𝘦 (π˜π˜›π˜Ÿ) secara berskala besar, sekali gus membuktikan komitmen NADMA dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana negara agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang krisis maritim.
Previous Next

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ πŠπ„ ππ€πƒπŒπ€: ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ
Β 
PUTRAJAYA,2 JULAI – NADMA menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Perladangan dan Komoditi yang diketuai oleh Encik Shafie bin Taib, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan) di Ibu Pejabat NADMA.
Β 
Perbincangan ini memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam aspek pengurusan dan pengurangan risiko bencana, khususnya melibatkan pembangunan Skuad Agrikomoditi KPK sebagai platform sukarelawan berasaskan kepakaran teknikal.
Β 
Inisiatif ini mencerminkan peranan NADMA sebagai agensi penyelaras utama dalam memperkukuh jaringan kolaborasi rentas sektor, bagi membina ekosistem kesiapsiagaan bencana yang lebih tersusun, tangkas dan berimpak tinggi kepada negara.
Β 
Kerjasama ini juga memperlihatkan nilai tambah kepada negara melalui pengukuhan kapasiti komuniti dan sukarelawan yang lebih bersedia, terlatih serta responsif dalam menghadapi situasi bencana.
NADMA kekal komited menerajui agenda pengurusan risiko bencana yang lebih bersepadu demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ ππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„π”ππ€π˜π€π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπŽπ‘ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πƒπˆπ‘π€π‰π€
Β 
MELAKA, 2 Julai – NADMA memperkukuh kerjasama strategik bersama Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan bencana negara melalui perkongsian ilmu serta latihan bersepadu.
Β 
Seramai 26 pegawai menyertai Kursus Lanjutan Pegawai Kor Kesihatan Diraja Siri 5/2026 di Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka yang berlangsung dari 8 Jun hingga 3 Julai 2026.
Dalam sesi tersebut, NADMA telah menyampaikan taklimat berkaitan mekanisme pengurusan bencana negara serta aspek pengurusan psikologi semasa bencana, yang memberi penekanan kepada keperluan pengurusan mangsa dan petugas secara lebih menyeluruh.
Β 
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan ATM dalam memperkukuh keupayaan respons bencana negara demi memastikan bantuan yang lebih cekap, terselaras dan berkesan kepada rakyat.
Previous Next

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„πŒπˆππƒπ€π‡π€π πŠπ„πŠπ€π‹ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐏𝐏𝐊𝐁) π’πŠ 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀 ππ„π‘πŠπ€π’π€ πˆππ…π‘π€π’π“π‘π”πŠπ“π”π‘ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
Β 
KUALA LIPIS, 2 Julai – Penduduk di sekitar Kuala Lipis kini bakal menikmati kemudahan pemindahan bencana yang lebih selesa, selamat dan teratur menerusi penyiapan Dewan Terbuka Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di Sekolah Kebangsaan (SK) Benta.Kemudahan ini bukan sahaja menyediakan perlindungan yang lebih kondusif kepada mangsa ketika bencana, malah turut meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi situasi kecemasan pada masa hadapan.
Β 
Majlis penyerahan projek tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Haji Hussain Moh, bersama Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Puan Hanita Kassim serta Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lipis, Dr. Azwan Ezzany Azmi. PPKB SK Benta merupakan projek binaan baharu kedua yang berjaya disiapkan di Malaysia dengan kos pembinaan berjumlah RM8.447 juta. Projek yang dipantau oleh JKR Daerah Lipis ini telah disiapkan dalam tempoh 15 bulan, iaitu tiga hari lebih awal daripada jadual asal pada 24 April 2026, dan mampu menempatkan sekurang-kurangnya 300 mangsa pada satu-satu masa.
Β 
Dibangunkan berteraskan konsep dwifungsi, PPKB ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pemindahan semasa bencana, malah dimanfaatkan sebagai kemudahan sekolah dan komuniti pada waktu biasa. Pendekatan ini memastikan aset awam terus digunakan secara optimum, sekali gus memberi nilai tambah kepada masyarakat setempat.
Β 
Pembangunan PPKB turut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui NADMA dalam memperkukuh pengurusan bencana yang lebih cekap, berdaya tahan dan berorientasikan kesejahteraan rakyat.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search