Sesi Perbincangan Mengenai Kerjasama Strategi Adaptasi dan Tindak Balas Bencana Bersama International Organization of Migration (IOM) Malaysia
- Faiz
- Program dan Aktiviti
Sesi Perbincangan Mengenai Kerjasama Strategi Adaptasi dan Tindak Balas Bencana Bersama International Organization of Migration (IOM) Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lubuk Paku, NADMA, Putrajaya pada 13 Januari 2026.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA bersama delegasi IOM Malaysia yang diketuai oleh Ms. Heba Abdel Latif, Chief of Mission IOM Malaysia.
Delegasi IOM Malaysia telah membentangkan cadangan-cadangan kerjasama antara NADMA dan IOM Malaysia melibatkan projek berkaitan perubahan iklim dan mobiliti manusia, khususnya mengenai pengukuhan data dan penyelidikan berkaitan mobiliti akibat perubahan iklim, menyokong pengintegrasian aspek mobiliti manusia dalam rangka kerja adaptasi perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana serta menggalakkan dialog dan kerjasama serantau mengenai mobiliti berkaitan perubahan iklim.
Sesi perbincangan ini turut dihadiri Puan Munirah binti Zulkaple, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Dasar dan Perancangan (SDP); Encik Abdul Aziz bin Mahamad Zabidin, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS); Puan Ain Syafiqah binti Abd Haris, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Mitigasi (SM); serta pegawai-pegawai SDP NADMA.
