PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

TINJAUAN PENGOPERASIAN STATE DISASTER COMMAND CENTRE (SDCC) NEGERI SABAH

TINJAUAN PENGOPERASIAN STATE DISASTER COMMAND CENTRE (SDCC) NEGERI SABAH | Isnin | 12 Januari 2026 | Kota Kinabalu, Sabah

 

YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan sesi lawatan dan perbincangan di State Disaster Command Centre (SDCC) Negeri Sabah.

 

Sesi lawatan dan perbincangan ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian SDCC Negeri Sabah semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 selain perbincangan berkaitan pelaksanaan penilaian awal kerosakan akibat bencana di SDCC, penyelarasan data-data berkaitan bencana antara Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan SDCC, input penyediaan Laporan Situasi Bencana (SITREP) serta pengukuhan peranan dan pengoperasian SDCC.

 

Maklum balas daripada SDCC serta agensi-agensi teknikal telah dibincangkan untuk menjadi input dalam pelaksanaan SDCC lestari.

 

Sesi perbincangan ini turut disertai oleh pegawai Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) Negeri Sabah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) serta pegawai daripada Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).

 

Sekian, makluman.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search