Penyelesaian isu jerebu sama kabur pemandangan
- Admin UKK
- Berita
BELALANG tengok langit di beberapa tempat sejak seminggu ini kembali kelabu, bukan sebab mendung nak hujan tetapi jerebu datang lagi. Beberapa kawasan mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat, manakala titik panas turut dikesan dalam dan luar negara.
Belalang bukan nak salahkan negara jiran semata-mata sebab dalam negara kita pun ada titik panas. Cuma selepas berpuluh tahun berdepan masalah sama, takkan setiap kali jerebu datang kita masih tengok IPU naik turun macam tengok harga saham.
Itu yang Belalang hairan kerana kerjasama serantau sudah lama ada, manakala mesyuarat pun bukan sekali dua. Belalang dan cuma nak tahu bila pula penyelesaiannya benar-benar boleh dirasai. Kalau masalah sama berulang, jangan-jangan yang makin kabur bukan pemandangan saja, tetapi penyelesaiannya sekali.
