PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI ALL PARTY PARLIAMENTARY GROUP MALAYSIA – DISASTER RISK MANAGEMENT (APPGM-DRM) KE PEJABAT KETUA PENGARAH NADMA

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI ALL PARTY PARLIAMENTARY GROUP MALAYSIA – DISASTER RISK MANAGEMENT (APPGM-DRM) KE PEJABAT KETUA PENGARAH NADMA | 12 JANUARI 2026

 

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim, telah menerima kunjungan hormat daripada YB Zahir bin Hassan, selaku Pengerusi All Party Parliamentary Group Malaysia – Disaster Risk Management (APPGM-DRM) merangkap ahli Parlimen Wangsa Maju.

 

Sesi kunjungan hormat ini antara lain bertujuan untuk membina dan memperkukuh hubungan kerjasama antara APPGM-DRM dan NADMA, khususnya dalam memperkasa usaha pengurangan risiko bencana (Disaster Risk Reduction, DRR) serta kesiapsiagaan negara dalam menghadapi pelbagai ancaman bencana.

 

Pertemuan ini turut menjadi platform perbincangan awal mengenai potensi kerjasama strategik yang boleh dijayakan antara pihak Parlimen dan NADMA bagi menyokong penggubalan dasar serta pelaksanaan pengurusan bencana yang lebih bersepadu dan berkesan di peringkat nasional.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search