PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐒𝐃𝐂𝐂 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀

𝐒𝐃𝐂𝐂 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
 
JOHOR, 12 Ogos 2026 — Penyerahan 𝘚𝘵𝘢𝘵𝘦 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥 𝘊𝘦𝘯𝘵𝘳𝘦 (𝘚𝘋𝘊𝘊) Negeri Johor menandakan langkah penting dalam memperkukuh keupayaan pengurusan dan penyelarasan bencana di peringkat negeri. Fasiliti ini akan beroperasi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri bagi memantau kejadian bencana di seluruh Johor serta menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) melalui sistem 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘎𝘦𝘰𝘨𝘳𝘢𝘱𝘩𝘪𝘤 𝘐𝘯𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘋𝘎𝘐𝘔). Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Nazri Rebu, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, dan turut dihadiri Datuk Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA.
 
SDCC Negeri Johor berperanan sebagai pusat kawalan utama dalam memantau kejadian bencana, menyelaras maklumat serta mempercepatkan tindak balas responder dan penyampaian bantuan antara agensi di peringkat negeri dan nasional. Penubuhan ini bukan sekadar menyediakan infrastruktur baharu, malah memperkukuh sistem pengurusan bencana yang lebih bersepadu, pantas dan berkesan, sekali gus menyokong usaha mengurangkan jumlah penduduk terjejas dan kerugian ekonomi akibat bencana serta meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan Negeri Johor menghadapi sebarang ancaman bencana pada masa hadapan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search