πππππ πππ πππ ππππππ ππππππππ πππππππππππ πππππππππππ ππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PUTRAJAYA, 10 Ogos 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang meneliti keperluan mewujudkan kerangka perundangan khusus bagi pengurangan risiko bencana melalui Kajian Baseline Pewujudan Akta Pengurangan Risiko Bencana. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kerangka sedia ada serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan, pindaan undang-undang atau pewujudan akta khusus bagi memperkukuh tadbir urus pengurangan risiko bencana negara.
Β
Sesi perbincangan yang melibatkan pegawai NADMA dan UUM turut memberi tumpuan kepada peranan serta tanggungjawab kementerian, jabatan, agensi dan kerajaan negeri dalam memperkukuh pendekatan pengurangan risiko bencana secara lebih bersepadu dan berasaskan risiko. Hasil kajian ini akan menjadi antara asas penting kepada NADMA dalam menentukan hala tuju pengukuhan tadbir urus bencana, dengan memberi penekanan kepada usaha pencegahan, pengurangan risiko dan peningkatan daya tahan masyarakat serta negara.
