πππππ ππππππππ πππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππππβπππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PUTRAJAYA, 10 Ogos 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam pengurusan bencana menerusi pertemuan bersama Suruhanjaya Tinggi India, hari ini. Pertemuan membincangkan langkah susulan bagi menterjemahkan Memorandum Persefahaman (MoU) MalaysiaβIndia kepada kerjasama lebih konkrit melalui latihan, pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran teknikal, operasi mencari dan menyelamat serta pertukaran amalan terbaik dan pengalaman pengurusan bencana.
Β
Kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Bersama mengenai Pengurusan dan Bantuan Bencana, penetapan focal points serta pembangunan pelan aktiviti bersama bagi tempoh dua tahun meliputi latihan, simulasi, lawatan kerja dan pertukaran teknikal. NADMA turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat bandar (USAR), termasuk penglibatan Pasukan SMART dalam kerangka INSARAG, manakala India memperkenalkan ππ°π’ππͺπ΅πͺπ°π― π§π°π³ ππͺπ΄π’π΄π΅π¦π³ ππ¦π΄πͺππͺπ¦π―π΅ ππ―π§π³π’π΄π΅π³πΆπ€π΅πΆπ³π¦ (ππππ) sebagai platform bagi memperkukuh ketahanan infrastruktur terhadap risiko bencana dan perubahan iklim.
