Jumlah mangsa bah menurun
- Admin UKK
- Berita
Melaka: Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 237 mangsa daripada 61 keluarga setakat jam 7 pagi semalam berbanding 407 mangsa daripada 121 keluarga pada 7.30 malam kelmarin.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, kesemua mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.
“PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 mangsa daripada 13 keluarga, PPS Balai Raya Ayer Paabas (tiga mangsa daripada tiga keluarga) dan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin (13 keluarga daripada tiga keluarga).
“Selain itu, PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi (105 mangsa daripada 26 keluarga), PPS Dewan Japerun Ayer Limau (44 mangsa daripada 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Seri Jeram (11 mangsa daripada empat keluarga),” katanya, semalam.
Beliau berkata, antara kawasan terjejas Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan
China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Berisu.
Selain itu, turut terjejas Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai, Panchor dan Taman Rembia Jaya. - Bernama
Tawar bantuan khas bah
- Admin UKK
- Berita
Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat), menawarkan bantuan khas banjir yang merangkumi bantuan moratorium untuk semua pembiayaan individu dan perniagaan sehingga enam bulan.
Ia termasuk penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran serta pengecualian caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kepada pelanggannya yang terjejas ekoran situasi banjir buruk yang melanda beberapa kawasan di negara ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya amat prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi pelanggan termasuk individu serta perniagaan dan berharap bantuan khas banjir ini dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terbabit.
“Sebagai institusi kewangan Islam yang sentiasa komited dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik,
Bersama’ pelanggan, kami bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam menyokong dan membantu komuniti menempuhi waktu getir ini.
“Pelanggan yang menghadapi kesulitan kewangan berikutan bencana ini boleh memohon bantuan khas dengan memuat turun borang permohonan Service Request Form (SRF) yang tersedia di laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my dan menghantar dokumen sokongan yang berkaitan menerusi emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
“Langkah proaktif akan diambil bagi memastikan proses dokumentasi dan kelulusan permohonan dipermudahkan,” katanya dalam kenyataan.
Waterlogged
- Admin UKK
- Berita
An aerial view of the floods in Lubok China, Alor Gajah, Melaka. Several areas in the district were affected by floods and a total of 419 people from 123 families have been evacuated and are now seeking shelter at seven centres.
MELAKA: Over 400 people in Melaka and more than 70 in Negri Sembilan were moved to various flood relief centres while residents in Labuan moved to higher ground after floods affected some areas in the two states and the Federal Territory.
Melaka witnessed the most significant impact, with 419 people from 123 families evacuated to seven shelters in Alor Gajah.
State disaster management committee secretariat Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim said Dewan Masjid Ar-rasyidin, Seri Bayu 2, housed 163 victims from 59 families, followed by Kuala Linggi Japerun (128 people from 30 families) and Balai Raya Paya Lebar (61 people from 13 families).
In addition, 37 people from nine families sought refuge at Ayer Limau Japerun while the rest are sheltering at SK Sungai Jernih, Balai Raya Ayer Paabas and Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Masjid Tanah.
“About 21 areas in the district were affected by the disaster,” he said in a statement, Bernama reported.
The district was hit by floods on Sunday morning following continuous downpours.
Kampung Ramuan China Besar village elder Khairul Anwar Mansol said continuous rain since 5am resulted in their houses in Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, being inundated with waist-high waters by 10am.
The Melaka government had announced immediate aid of RM300 to the flood victims.
In Seremban, 75 people from 23 families have been evacuated to five temporary relief centres following flash floods in Port Dickson and Rembau around 8pm on Sunday.
Negri Sembilan Civil Defence Force director Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam said the affected areas were Kampung Sawah Sunggala, Kampung Si Rusa Dalam and Kampung Linggi in Port Dickson as well as Kampung Lubuk China and Kampung Nerambai in Rembau.
He revealed that the floodwaters had receded as at 10am yesterday.
In Labuan, more than 20 houses were flooded following a heavy downpour on Sunday night.
The worst-affected areas included Kampung Gersik Baru and Jalan Jumidar Buyong, where the water level rose to one metre.
Several homes in Taman Mahkota Impian were also inundated.
Labuan Fire and Rescue Department director Abdul Rahman Ali said firemen assisted the residents in moving their belongings to higher ground.
He urged residents, especially those in low-lying areas, to stay vigilant as the weather remains unpredictable.
“We are monitoring the situation closely and will continue to assist those affected.”
360 terkesan banjir
- Admin UKK
- Berita
Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah meningkat kepada 360 orang melibatkan 109 keluarga setakat jam 8 pagi semalam berbanding 248 orang daripada 48 keluarga malam kelmarin.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua mangsa terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.
Beliau berkata PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 mangsa daripada 13 keluarga manakala PPS Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Masjid Tanah, sebanyak 13 mangsa daripada empat keluarga berada di sana.
“Di PPS Balai Raya Ayer Paabas, sebanyak 13 mangsa ditempatkan di PPS berkenaan melibatkan lapan keluarga sementara di PPS Sekolah Sungai Jernih, sebanyak 15 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di situ.
“Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka Ar-Rasyidin adalah sebanyak 163 orang melibatkan 59 keluarga manakala sebanyak 95 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di Japerun Kuala Linggi,” katanya..
Beliau berkata PPS Balai Raya Kampung Ramuan China Besar pula ditutup pada 9 malam kelmarin.
Katanya, 21 kawasan di daerah itu terjejas akibat bencana, termasuk Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar,
Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lu bok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.
Katanya lokasi lain ialah Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor.
Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah yang disifatkan terburuk sejak 10 tahun lalu meningkat kepada 419 orang sehingga petang semalam.
Mereka terdiri daripada 123 keluarga yang dipindahkan ke tujuh pusat penempatan sementara (PPS) di daerah berkenaan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt
Kol (PA) Kamarulsyah Muslim, berkata sebuah PPS di Pejabat Jawatankua- sa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau turut dibuka pada 11 pagi semalam, menjadikan keseluruhan tujuh PPS beroperasi di daerah itu.
“PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 mangsa daripada 13 keluarga, PPS Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Masjid Tanah (dua mangsa daripada satu keluarga), PPS Balai Raya Ayer Paabas (13 mangsa daripada lapan keluarga).
“Selain itu, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jernih (15 mangsa daripada tiga keluarga), PPS Dewan Masjid Ar-rasyidin Seri Bayu 2 (163 mangsa daripada 59 keluarga), PPS Japerun Kuala Linggi (128 mangsa daripada 30 keluarga) dan PPS Japerun Ayer Limau (37 mangsa daripada sembilan keluarga),” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, 21 kawasan di daerah itu terjejas akibat bencana termasuk di Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.
Selain itu, Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor lapor BERNAMA.
Banjir kilat
Di Port Dickson, hujan lebat kelmarin menyebabkan beberapa lokasi sekitar daerah ini dinaiki air banjir kilat dan beberapa PPS dibuka.
Seramai 75 mangsa daripada 23 keluarga dipindahkan ke lima PPS setakat 10 pagi semalam susulan banjir kilat di daerah itu dan Rembau yang bermula kira-kira 8 malam kelmarin.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam,
berkata tiga kawasan terjejas di Port Dickson membabitkan Kampung Sawah Sunggala, Kampung Si Rusa Dalam dan Kampung Linggi.
Di Rembau, dua kawasan ter
kesan, iaitu Kampung Lubuk China dan Kampung Nerambai yang berada dalam DUN Kota.
“Semua mangsa masih ditempatkan di PPS. Kerja mengemas rumah dilakukan sebaik paras air surut,” katanya kepada BERNAMA.
Beliau berkata, berikutan keadaan cuaca yang baik, PPS berkenaan dijangka ditutup hari ini, namun pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan bersiap siaga, lapor BERNAMA.
Di Labuan, seramai lapan mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS ) susulan banjir disebabkan hujan lebat berterusan sejak malam kelmarin.
Antara Kampung yang terjejas banjir iaitu Kampung Gersik, Kampung Buton dan Kampung Sungai Miri.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan menerusi kenyataan media memaklumkan penduduk kampung yang terjejas mengalami kerosakan harta benda selepas ditenggelami air.
“Susulan kejadian itu, PPS Dewan Balai Bomba Rancha-rancha dibuka bagi penempatan mangsa banjir.
“Ketika ini, dua Keluarga Isi Rumah (KIR) membabitkan lapan mangsa di Kampung Gersik dipindahkan di PPS Rancha-rancha,” katanya.
Selain itu, katanya terdapat juga kejadian tanah runtuh dan menimpa struktur rumah kediaman penduduk terbabit.