PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ π’π„πŒπ€π‘π€πŠ π’π„πŒπ€ππ†π€π“ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ πŠπˆππ€π‘ 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ†

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2026 β€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus menyokong usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara menerusi penyertaan dalam Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Kompleks Setia Perdana, hari ini. Ketua Pengarah NADMA, Dato’ Meor Ismail bin Meor Akim, turut menyertai konvoi bersama ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menerima Kit Jalur Gemilang sebagai simbol kebersamaan dan semangat cintakan tanah air.
Β 
Penyertaan NADMA dalam program ini mencerminkan komitmen agensi dalam menyokong agenda kerajaan memperkukuh semangat perpaduan, patriotisme dan kekitaan dalam kalangan penjawat awam serta masyarakat. Sebagai agensi penyelaras pengurusan bencana negara, NADMA turut menekankan kepentingan kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat yang prihatin, bersatu dan berdaya tahan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search