PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2026 — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh agenda pengurangan risiko bencana negara menerusi pendekatan berasaskan sains, data dan tindakan awal bagi meningkatkan daya tahan negara. Pendekatan ini diketengahkan melalui Ucaptama Kebangsaan oleh Ketua Pengarah NADMA, Dato' Meor Ismail bin Meor Akim bertajuk "Daripada Ramalan kepada Tindakan: Memperkukuh Daya Tahan Komuniti Menghadapi Bah Monsun" sempena Simposium Bah Monsun 2026 (SimBAH 2026), yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam pengurusan risiko bencana.
 
Dalam ucaptamanya, beliau menegaskan bahawa setiap ramalan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang pantas melalui pengukuhan sistem amaran awal, penyepaduan data dan pemanfaatan teknologi. Selaras dengan pendekatan 𝘞𝘩𝘰𝘭𝘦-𝘰𝘧-𝘎𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘞𝘰𝘎) dan 𝘞𝘩𝘰𝘭𝘦-𝘰𝘧-𝘚𝘰𝘤𝘪𝘦𝘵𝘺 (𝘞𝘰𝘚), penyertaan NADMA dalam SimBAH 2026 mencerminkan komitmen berterusan agensi untuk memperkukuh kesiapsiagaan, koordinasi dan daya tahan negara dalam menghadapi bah monsun serta cabaran perubahan iklim.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search