PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

SPAN perlu langkah mitigasi hadapi cuaca panas berterusan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diarah mengambil langkah mitigasi jika cuaca panas dan kering berlarutan sehingga menjejaskan kapasiti bekalan air empangan negara ini.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata antara langkah sesuai termasuk penyusunan semula pengoperasian bekalan air supaya agihan dapat dibekalkan kepada kawasan terjejas, selain operasi pembenihan awan (OPA).

Kaedah OPA bagaimanapun bergantung situasi dan perbincangan dengan kementerian lain.

“SPAN akan memantau keadaan air dari semasa ke semasa, apabila berlaku jangkaan dari segi musim kemarau dan sebagainya, SPAN akan berurusan dengan pihak operator air bagi memastikan pengurusan air lebih efisien, selain beberapa langkah mitigasi yang perlu diambil,” katanya selepas melawat Pasar Kampung Melayu Majidee, semalam.

OPA di Kedah, Perak

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan akan melaksanakan OPA di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, operasi itu bagi meningkatkan paras air di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah untuk tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.

Ia satu daripada usaha kerajaan menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024

Merujuk data SPAN kelmarin, peratus takungan semasa Empangan Muda ialah 9.44 peratus, manakala Empangan Bukit Merah 15.25 peratus.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, syarikat operator air yang mengambil beberapa langkah mitigasi antaranya memperingatkan orang ramai berkaitan penggunaan air lebih cekap dalam tempoh beberapa minggu ini.

“Dalam keadaan kita menghadapi pemanasan global dan sebagainya, ini adalah kesan yang memang semakin mencabar kepada sektor air terutamanya bila keadaan bertambah ekstrem yang berpanjangan.

“SPAN akan sentiasa berhubung dengan pihak operator air bagi melihat langkah mitigasi dan terbuka untuk berbincang dengan pihak yang berkaitan bagi mengatasi isu berkenaan,” katanya.

Laksana OPA di Kedah dan Perak

Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut, bermula hari ini.

Beliau berkata, operasi itu bagi meningkatkan paras air di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah untuk tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.

Merujuk kepada data Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada 26 Julai lalu (Jumaat), Ahmad Zahid berkata, peratus takungan semasa Empangan Muda ialah 9.44 peratus manakala Empangan Bukit Merah, 15.25 peratus.

“Usaha ini satu daripada usaha kerajaan menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan hingga penghujung September 2024,” katanya pada kenyataan di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata, operasi itu dilaksanakan atas permohonan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (Iada) Kerian serta Lembaga Sumber Air Kedah (LSANK).

Pelaksanaan menerusi penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ahmad Zahid berkata, bekalan air dari Empangan Muda dialirkan ke Empangan Pedu, Kedah bagi keperluan domestik, industri dan pengairan padi.

Beliau berkata, tanaman padi Kawasan Muda adalah jelapang padi terbesar di Malaysia dengan keluasan 100,641.19 hektar terdiri daripada 81,606.66 hektar di Kedah dan 19,034.53 hektar di Perlis.

Sementara kawasan tanaman padi di Kerian, Perak yang menerima sumber air dari Empangan Bukit Merah pula adalah jelapang padi ketiga terbesar negara dengan keluasan 20,326 hektar.

“Kekurangan turunan hujan akan mengakibatkan takungan simpanan akan terus menyusut seterusnya tidak dapat menampung keperluan untuk jangka masa panjang,” katanya.

Negeri

“Ini satu daripada usaha kerajaan tangani impak fenomena cuaca panas Ahmad Zahid

JEJASKAN KETERJAMINAN MAKANAN NEGARA

 

Keadaan kemarau dan panas berpanjangan bakal memberi kesan kepada semua, termasuk bidang pertanian serta penternakan, kata Presiden Persatuan Ekologi Malaysia Prof Dr Ahmad Ismail.

Ahmad berkata, fenomena itu juga boleh menjejaskan keterjaminan makanan negara.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mungkin boleh ramalkan tempoh kemarau dan cuaca panas berdasarkan keadaan iklim dunia atau serantau.

“Bukan saja manusia dan tumbuhan, haiwan juga sensitif dengan perubahan suhu yang mendadak. Pertambahan dua atau tiga darjah celcius boleh memberikan kesan kepada kesihatan haiwan.

“Begitu juga hutan tropika yang sensitif kepada perubahan cuaca yang tinggi melebihi empat darjah celcius kerana ia boleh memberi kesan kepada proses fotosintesis,” katanya kepada

Bukan saja manusia dan tumbuhan, haiwan juga sensitif dengan perubahan suhu yang mendadak. Pertambahan dua atau tiga darjah celcius boleh memberikan kesan kepada kesihatan haiwan”

Ahmad

Kuala Lumpur: Orang ramai perlu mengurangkan penggunaan air dan elakkan aktiviti luar pada waktu puncak untuk menghindari impak cuaca panas dan strok haba.

Ia susulan taburan hujan yang rendah dijangka berterusan hingga bermula fasa peralihan monsun dengan situasi itu menyebabkan Malaysia berdepan cuaca lebih panas dan kering hingga pertengahan September.

Felo Akademi Sains Malaysia Dr Fredolin Tajudin Tangang berkata, Malaysia masih di bawah pengaruh monsun barat daya yang secara kebiasaannya dicorakkan dengan keadaan cuaca kering dan panas.

“Keadaan panas dan kering ini boleh diperkukuhkan oleh beberapa fenomena yang berlangsung serentak.

“Sejak lebih seminggu lalu sehingga kini, keadaan panas dan kering lebih ketara di seluruh Malaysia terutama di utara Semenanjung.

“Keadaan ini disumbang oleh kesan fenomena yang dipanggil sebagai ‘Ayunan Dalam Musiman Musim Panas Hemisfera Utara’ atau disebut sebagai ‘Boreal Summer Intra-Seasonal Oscillation (BSISO),” katanya kepada Harian Metro.

“Menurut ramalan BSISO yang dikeluarkan oleh APCC (APEC Climate Center), Pusat Ramalan Iklim APEC yang berpusat di Busan, Korea pada 24 Julai, keadaan panas dan kering ini dijangka berlarutan beberapa minggu lagi sepanjang Ogos ini.

“Selain daripada pengaruh BSISO ke atas cuaca yang kering dan panas kira-kira seminggu lalu, ada kemungkinan keadaan ini juga diperkukuhkan oleh pengaruh taufan kuat Gaemi yang bertiup di Filipina dan Taiwan.

“Malaysia, terutama di Semenanjung, walaupun agak jauh dari kawasan tiupan taufan ini, turut akan terkesan daripada aspek kuantiti kelembaban yang ada untuk menjana hujan dan awan.

“Taufan yang kuat di kawasan Filipina akan menyebabkan penumpuan kelembapan ke kawasan berkenaan, seterusnya menjadikan Malaysia mengalami kekurangan kelembaban,” katanya.

Menurut beliau, fenomena La Nina mungkin berlaku yang mana APCC juga meramal, lebih 70 peratus keberangkalian berlaku jika memasuki musim perantaran monsun pada September.

“Keadaan La Nina di Lautan Pasifik akan menjadikan kawasan Malaysia sebagai kawasan penumpuan kelembapan dan kebarangkalian curahan hujan meningkat.

“Dalam keadaan cuaca panas dan kering, orang ramai dinasihati supaya mengelakkan pembakaran terbuka. Ini sangat penting terutama di kawasan tanah gambut yang mudah terbakar,” katanya.

Sejak lebih seminggu lalu sehingga kini, keadaan panas dan kering lebih ketara di seluruh Malaysia terutama di utara Semenanjung”

Fredolin

Cloud seeding in Kedah and Perak starts today

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi says the government will carry out cloud seeding in Kedah and Perak for three consecutive days starting today.

The Deputy Prime Minister said the purpose is to increase water levels for agricultural and domestic use in the Bukit Merah and Muda Dams in Perak and Kedah respectively.

Referring to data from the National Water Services Commission (SPAN) on Friday, Ahmad Zahid said the current level of the Muda Dam is at 9.44% while the Bukit Merah Dam stands at 15.25%.

“This is part of the government’s strategy to mitigate the impact of the hot weather phenomenon and the southwest monsoon, which is expected to continue until the end of September,” he said in a statement yesterday.

Ahmad Zahid, who is also the Central Disaster Management Committee chairman, said cloud seeding is being carried out upon the requests from the Muda Agricultural Development Authority, the Kerian Integrated Agricultural Development Area and the Kedah Water Resources

Board, Bernama reported.

The cloud seeding exercise will be coordinated by the National Disaster Management Agency, the Agriculture and Food Security Ministry, the Malaysian Meteorological Department and the Royal Malaysian Air Force.

“Currently, water from the Muda Dam is being channelled to the Pedu Dam in Kedah to meet domestic, industrial and padi irrigation needs,” said Ahmad Zahid.

The Muda area is Malaysia’s largest rice bowl at 100,641.19ha, with 81,606.66ha in Kedah and 19,034.53ha in Perlis.

The padi fields in Kerian, which receive water from the Bukit Merah Dam, constitute the nation’s third largest rice bowl, covering 20,326ha.

Operasi pembenihan awan di Kedah, Perak bermula esok – TPM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula esok.

Beliau berkata, operasi itu bagi meningkatkan paras air di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah untuk tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.

Merujuk kepada data Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada Jumaat (26 Julai), Ahmad Zahid berkata peratus takungan semasa Empangan Muda ialah 9.44 peratus manakala Empangan Bukit Merah, 15.25 peratus.

“Usaha ini satu daripada usaha kerajaan menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata operasi itu dilaksanakan atas permohonan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).

Pelaksanaan adalah menerusi penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Ahmad Zahid berkata bekalan air dari Empangan Muda dialirkan ke Empangan Pedu, Kedah bagi keperluan domestik, industri dan pengairan padi.

Beliau berkata tanaman padi Kawasan Muda merupakan jelapang padi terbesar di Malaysia dengan keluasan 100,641.19 hektar terdiri daripada 81,606.66 hektar di Kedah dan 19,034.53 hektar di Perlis.

Sementara kawasan tanaman padi di Kerian, Perak yang menerima sumber air dari Empangan Bukit Merah pula merupakan jelapang padi ketiga terbesar negara dengan keluasan 20,326 hektar.

“Kekurangan turunan hujan akan mengakibatkan takungan simpanan akan terus menyusut seterusnya tidak dapat menampung keperluan untuk jangka masa panjang,” katanya. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search