PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tangguh aktiviti lasak, rekreasi pada musim monsun demi keselamatan

Tangguh aktiviti lasak, rekreasi pada musim monsun demi keselamatan

Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) baru-baru ini mengeluarkan peringatan bahawa negara kini berada dalam tempoh Monsun Timur Laut yang lazimnya membawa bersama musim tengkujuh dan taburan hujan luar biasa di Semenanjung.

Atas faktor ini, masyarakat diingatkan untuk merancang dengan teliti setiap aktiviti rekreasi atau sukan lasak sama ada di darat, air dan udara.

Pada musim Monsun Timur Laut, sebarang rancangan melakukan aktiviti lasak memerlukan tahap waspada tinggi kerana cuaca dan keadaan persekitaran lazimnya menjadi menentu.

Silap percaturan, aktiviti lasak dan rekreasi yang dirancang untuk membangkitkan kegembiraan boleh bertukar menjadi tragedi seperti dihanyutkan sungai, lemas dan kematian.

Tragedi lemas ketika berakit di Perak baru-baru ini mungkin dapat dielakkan jika slot berkenaan ditangguhkan atas faktor cuaca dan keselamatan peserta.

Peka ramalan cuaca

Justeru, setiap individu dan organisasi harus lebih cakna dan peka terhadap ramalan cuaca sebelum melakukan aktiviti lasak di sungai, laut, mengembara atau mendaki. Lebih baik jika mengelakkan melakukan aktiviti luar jika terdapat amaran hujan lebat, ribut petir atau banjir.

Penting juga bagi kita untuk menghindari kawasan mudah banjir seperti lembah, sungai atau kawasan rendah. Kawasan berbukit atau hutan juga boleh bertukar menjadi ‘trek maut’ jika hujan lebat kerana berisiko tanah runtuh.

Jika hendak melakukan aktiviti di kawasan sungai atau air, penganjur, peserta dan fasilitator perlu sentiasa memakai jaket keselamatan dan peka perubahan arus sungai yang dibimbangi boleh menjadi punca fenomena ‘kepala air’.

Walau apa pun program atau aktiviti lasak hendak dilakukan, setiap orang perlu waspada terhadap perubahan keadaan sekeliling dan mengelak melakukannya pada waktu malam bagi mengurangkan risiko kecederaan atau hilang arah.

Jelas di sini, kesedaran dan persediaan adalah kunci untuk memastikan aktiviti lasak dilakukan selamat kepada semua. Pilihan lebih baik ketika musim monsun adalah menangguhkan sementara semua aktiviti luar lasak di kawasan berisiko.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search