PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

DUN Selangor: Johan Setia, Sijangkang masih ada asap pembakaran

DUN Selangor: Johan Setia, Sijangkang masih ada asap pembakaran

SHAH ALAM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengesan lima lokasi pembakaran terbuka yang masih mengeluarkan asap, terutama di sekitar Johan Setia dan Jalan Sijangkang Utama.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, pihaknya mengambil maklum isu itu terutama di kawasan berdekatan penempatan yang menyebabkan pencemaran bau

“Kesemua lokasi yang dikesan itu adalah di sepanjang Jalan Sijangkang Utama dan Johan Setia.

“Ini melibatkan kawasan belukar, lot pembersihan tanah kebun dan kebun sayur,” katanya ketika ucapan penggulungan perbahasan Rancangan Selangor Kedua pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, petang ini.

Tambah Jamaliah, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS 1974). – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search