PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

‘Mangsa banjir bimbang air naik semula’

‘Mangsa banjir bimbang air naik semula’

Chukai: Seramai 2,102 penghuni Perumahan Rumah Mampu Milik Telok Kalong di dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka banjir, memilih untuk tidak pulang ke rumah walaupun bah surut kelmarin.

Mohd Afikfi Mohd Khalipani, 32, berkata beliau dan isteri, Normawati Abdullah, 29, serta tiga anaknya bimbang air naik semula kerana cuaca tidak menentu.

“Kami hanya pulang membersihkan rumah dan barang serta perkakas rumah yang diselaputi lumpur sebelum kembali semula ke PPS pada waktu malam,” katanya.

Suri rumah, Tuan Rafidah Tuan Arifin, 40, berkata beliau dan suami, Mohd Firdaus Abdullah, 45, serta tiga anak juga memilih untuk bermalam di PPS kerana bimbang kawasan berkenaan dinaiki air kerana masih hujan.

“Selagi keadaan cuaca tidak menentu dan PPS masih dibuka, saya rasa lebih selamat kalau kami anak beranak bermalam di sini dan pulang apabila banjir pulih sepenuhnya,” katanya.

Banjir makin pulih

Banjir di Terengganu beransur pulih petang semalam dengan 442 mangsa daripada 124 keluarga itu berada di empat PPS di Kemaman.

Jumlah itu menurun berbanding

2,557 mangsa daripada 641 keluarga 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, hanya daerah Kemaman masih terjejas.

Sementara itu BERNAMA melaporkan tiga sungai utama di Kelantan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat tengah semalam.

Berdasarkan portal infoban

jir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai berkenaan ialah Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Tanah Merah dengan ketinggian 18.43 meter, berbanding paras berjaga-jaga 18.0 meter.

Sungai Golok di Rantau Panjang juga melebihi paras berjaga-jaga (7.00 meter) iaitu 7.38 meter.

Sungai Semerak di Pasir Puteh juga pada paras berjaga-jaga iaitu dengan ketinggian 2.02 meter.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search