KUALA LUMPUR: Sebahagian Jalan Masjid India di sini yang terlibat dengan insiden tanah jerlus telah dibuka semula kepada orang awam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan laluan yang dibuka termasuk kawasan berhampiran Bit Polis Jalan Masjid India dan lorong antara premis perniagaan berkuat kuasa bermula 10 Nov lepas.
“Pembukaan ini dibuat setelah kerja-kerja pembaikan dan penyiasatan tanah di kawasan tersebut berjaya diselesaikan.
“DBKL menghargai kesabaran dan kerjasama yang telah diberikan oleh orang ramai serta pihak berkepentingan sepanjang tempoh kerja ini dijalankan,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, DBKL memaklumkan kawasan ground zero iaitu lokasi kejadian tanah jerlus berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang giat dijalankan.
“Berdasarkan prestasi kerja di tapak, kawasan ground zero ini dijangka dibuka sepenuhnya menjelang hujung Disember 2024 berbanding jangkaan awal pada Februari 2025.
“DBKL komited memastikan kerja-kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan menyeluruh,” menurut kenyataan itu.
Ketika tinjauan dilakukan, rumah penduduk dipenuhi sisa lumpur dan air bertakung.
Ahmad Maulana Mokhtar, 43, ketika ditemui gagal menahan sebak selepas pulang dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melihat barang di dalam rumah rosak.
“Banjir kali ini luar biasa, air naik dengan cepat disebabkan hujan terlalu lebat. Saya dah buat persediaan awal tetapi barang-barang elektrik tak sempat nak diselamatkan,” katanya.
Seorang penduduk dan juga peniaga Ais Krim, Mohd Afikfi Mohd Kalipani, 32, dan isterinya Normawati Abdullah, 29 berputih mata selepas enam peti ais krim digenangi air.
“Sekarang tak tahu peti ni semua dapat berfungsi ke tidak dan ambil masa lama juga untuk jemur dulu.
“Dalam peti ni semua penuh dengan ais krim, nak dibuang sayang dan masih boleh dimakan dan saya akan kongsikan rezeki ini dengan mangsa-mangsa banjir lain”, ujarnya.
Banjir yang melanda RMM Teluk Kalong ini setiap tahun berlaku disebabkan sistem perparitan tidak sistematik.
Longkang dan tali air yang dibuat tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.
Sementara itu, Zulhaaq Ismail, 42, berharap pihak berwajib segera menyelesaikan masalah sistem perparitan ini.
“Parit dekat sini sempit, kerajaan perlu segara membaik pulih sistem perparitan, kami sudah penat menanggung kerugian setiap tahun akibat banjir,” katanya.
Sebelum ini, banjir terburuk direkodkan berlaku di RMM Teluk Kalong pada tahun 2020 dan air mencecah segingga hampir tiga meter.
Bagaimanapun, ketika ini banjir menggenangi rumah penduduk kira-kira 0.3 meter.
Kawasan berkenaan mempunyai 500 unit rumah yang didiami kira-kira 2,000 penduduk.
KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa meningkat kepada 2,773 orang daripada 604 keluarga, yang kini ditempatkan di 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah terjejas.
Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu, setakat jam 10 pagi hari ini, Kemaman kekal dengan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,584 orang daripada 554 keluarga di lima PPS, diikuti Hulu Terengganu yang merekodkan 102 mangsa daripada 26 keluarga di enam PPS.
Sementara itu, Setiu melaporkan 69 mangsa daripada 19 keluarga di satu PPS, Marang mencatatkan 13 mangsa daripada empat keluarga, dan Dungun lima mangsa daripada satu keluarga, masing-masing ditempatkan di satu PPS.
KOTA BHARU: Dua sungai di Kelantan iaitu Sungai Semerak, Pasir Puteh dan Sungai Pergau, Kampung Lawar, Jeli mencatat bacaan melebihi paras waspada.
Menurut laman web publicinfobanjir, paras air di Sungai Semerak menunjukkan bacaan melebihi tahap waspada iaitu 2.08 meter (m) manakala Sungai pergau pula 101.01 m setakat jam 7.45 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal @ Jainal Madasin, berkata peningkatan pasar air itu berlaku susulan taburan hujan yang tinggi di daerah berkenaan.
Katanya, keadaan setakat ini masih terkawal dan pihaknya belum menerima sebarang laporan banjir.
“Pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan terbabit banjir sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga terutama apabila cuaca semasa sekarang ini yang mulai mendung serta hujan lebih kerap.
“Tumpuan juga diberikan dibeberapa kawasan `hotspot’ banjir terutama di daerah Pasir Mas, Kuala Krai dan Tanah Merah yang biasanya dilanda banjir dengan cepat.
“Selain persediaan anggota, JBPM Kelantan turut bersedia dengan logistik seperti lori dan bot dengan menempatkannya di lokasi-lokasi terdedah banjir bagi memudahkan proses membantu dan menyelamat,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Zainal meminta orang ramai terutama yang tinggal di kawasan rendah untuk sentiasa peka dengan paras air sungai dan segera mengambil langkah berpindah jika perlu.
Katanya, selain membuat rondaan berkala pihaknya juga merujuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk informasi paras air sungai serta Jabatan Meteorologi bagi perkembangan cuaca semasa.
.
KOTA BHARU: Dua sungai di Kelantan iaitu Sungai Semerak, Pasir Puteh dan Sungai Pergau, Kampung Lawar, Jeli mencatat bacaan melebihi paras waspada.
Menurut laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, paras air di Sungai Semerak menunjukkan bacaan melebihi tahap waspada iaitu 2.08 meter (m) manakala Sungai pergau pula 101.01 m setakat jam 7.45 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal @ Jainal Madasin, berkata peningkatan pasar air itu berlaku susulan taburan hujan yang tinggi di daerah berkenaan.
Katanya, keadaan setakat ini masih terkawal dan pihaknya belum menerima sebarang laporan banjir.
"Pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan terbabit banjir sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga terutama apabila cuaca semasa sekarang ini yang mulai mendung serta hujan lebih kerap.
"Tumpuan juga diberikan dibeberapa kawasan `hotspot' banjir terutama di daerah Pasir Mas, Kuala Krai dan Tanah Merah yang biasanya dilanda banjir dengan cepat.
"Selain persediaan anggota, JBPM Kelantan turut bersedia dengan logistik seperti lori dan bot dengan menempatkannya di lokasi-lokasi terdedah banjir bagi memudahkan proses membantu dan menyelamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Zainal meminta orang ramai terutama yang tinggal di kawasan rendah untuk sentiasa peka dengan paras air sungai dan segera mengambil langkah berpindah jika perlu.
Katanya, selain membuat rondaan berkala pihaknya juga merujuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk informasi paras air sungai serta Jabatan Meteorologi bagi perkembangan cuaca semasa.