Hari kedua pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Hari kedua pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) hari ini memberi tumpuan kepada kawasan empangan di Negeri Melaka melibatkan 3 buah lokasi iaitu Empangan Durian Tunggal, Jus dan Asahan. Pesawat TUDM membawa muatan 6,000 liter larutan garam dan operasi bermula pada jam 1.17 petang.
Operasi hari ini turut disertai oleh YB Datuk Haji Rais Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka untuk melihat sendiri kaedah pelaksanaan pembenihan awan yang dilakukan oleh Pasukan Teknikal MET Malaysia dan juga anggota TUDM. Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 3.00 petang di kawasan sasaran. Pelaksanaan OPA pada hari kedua ini berjaya membantu pembentukan awan sekaligus menurunkan hujan di kawasan sasaran.
