๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐-๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐-๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Satu Latih Amal melibatkan Bencana CBRNE telah dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PETRONAS Gas Berhad dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Latih amal ini yang dinamakan ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ถ๐บ๐๐น๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐ถ๐บ๐ถ๐ฎ, ๐๐ถ๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ถ, ๐ฅ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ถ, ๐ก๐๐ธ๐น๐ฒ๐ฎ๐ฟ & ๐๐ฒ๐๐๐ฝ๐ฎ๐ป (๐๐ซ-๐ฃ๐๐ฅ๐๐) ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐๐น๐ฎ๐ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ telah berjaya dilaksanakan bertempat di Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Latihan ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi berkepentingan yang memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana.
ย
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, dan turut diiringi oleh YB Dato' Seri Haji Zulkifli Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang . Mewakili pihak NADMA diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) NADMA dan turut disertai oleh pegawai dari Seksyen Pelaksanaan Operasi, Seksyen Penyelarasan Operasi dan Seksyen Mitigasi NADMA.
ย
Objektif utama latihan simulasi ini adalah untuk menguji garis panduan kecemasan/bencana, meningkatkan keupayaan komunikasi dan koordinasi inter agensi, serta menilai tahap kesiapsiagaan semua pihak termasuk komuniti selaras dengan Arahan NADMA No.1 bagi menghadapi insiden letupan paip gas.
ย
Antara agensi utama yang terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain agensi responder, teknikal dan bantuan . Semua agensi termasuk pihak Petronas telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan objektif latih amal dapat dicapai.
