PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 | 𝟏𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 | 𝟏𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍 Pangkalan Udara Subang
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang beroperasi dari Pangkalan Udara Subang.
 
Operasi bermula pada jam 1.35 petang dengan membawa empat tangki larutan garam sebelum berakhir pada jam 4.50 petang. Operasi siri ke-20 ini menyasarkan kawasan sekitar Negeri Johor susulan keadaan jerebu berpanjangan dengan bacaan PM2.5 melebihi 170 di beberapa kawasan, termasuk Johor Bahru, Pasir Gudang, Tangkak, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang dan Pengerang.
 
Pelaksanaan OPA ini merupakan antara usaha bersepadu NADMA bersama agensi berkaitan bagi menangani situasi jerebu serta mengurangkan risiko terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Kerjasama strategik ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam melaksanakan langkah pengurangan risiko bencana demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search