PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐌𝐏𝐁𝐍) ππˆπ‹. 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐌𝐏𝐁𝐍) ππˆπ‹. 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
PUTRAJAYA, 19 Oktober 2026 β€” YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) Bil. 1/2026 di Pejabat Perdana Menteri. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama MPBN sejak penubuhannya diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 8 April 2026, sekali gus menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan strategik pengurusan bencana di peringkat tertinggi Kerajaan.
Β 
Mesyuarat ini turut membincangkan situasi semasa jerebu, persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 serta jangkaan impak fenomena El NiΓ±o terhadap negara. Perbincangan memberi penekanan kepada penyelarasan kesiapsiagaan dan operasi antara agensi Persekutuan dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan tindakan yang lebih terancang, bersepadu dan berkesan dalam menghadapi risiko bencana.
Β 
Turut hadir YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri, menteri-menteri Persekutuan serta wakil kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. NADMA diketuai oleh Dato’ Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, bersama-sama Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan (SDP) serta pegawai-pegawai NADMA.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search