PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Tingkat pemantauan saintifik antara tiga langkah utama jaga Tasik Bera

BERA: Tiga langkah utama perlu segera dilaksanakan pihak berwajib demi kelestarianΒ Tasik Bera, Tapak Lembap BerkepenΒ­tingan Antarabangsa (Ramsar) pertama Malaysia yang menjadi khazanah ekologi negara.

Presiden Persatuan Ekologi Malaysia (PEM), Profesor Dr. Ahmad Ismail berkata, usaha itu penting bagi memastikan Tasik Bera terus terpulihara daripada ancaman pembangunan dan pencemaran.

Beliau berkata, langkah pertama adalah meningkatkan pemantauan saintifik dengan melibatkan universiti tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

β€œData ekologi dan biodiversiti perlu dikemas kini secara berterusan agar sebarang ancaman dapat dikenal pasti lebih awal.

β€œLangkah kedua pula adalah melaksanakan Program Komunikasi Pendidikan dan KeseΒ­daran Awam (CEPA) bermodul untuk komuniti sekitar Tasik BeΒ­ra. Program ini harus melibatkan NGO bagi memperkukuh kefahaman masyarakat tentang kepentingan tapak Ramsar dan tanggungjawab bersama dalam menjaga alam sekitar,” katanya kepadaΒ Utusan Malaysia.

Selain itu, Ahmad menekankan perlunya meningkatkan pemantauan komuniti dengan meΒ­libatkan penduduk tempatan.

β€œKerjasama masyarakat setempat bersama pihak berkuasa akan menjadikan usaha penguatΒ­kuasaan lebih berkesan,” katanya.

Menurutnya, PEM turut mencadangkan bilangan pegawai peΒ­nguat kuasa ditambah khususnya dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bagi memperkukuh kawalan di kawasan Tasik Bera.

β€œKetiga-tiga langkah ini bukan sahaja penting untuk melindungi Tasik Bera daripada ancaman, malah menjadi asas kepada kesinambungan ekosisΒ­tem yang memberi manfaat kepada generasi akan datang,” katanya.

Tasik Bera yang diiktiraf sebagai tapak Ramsar sejak 1994 adalah habitat penting pelbagai spesies flora dan fauna, sekali gus menjadikannya simbol wariΒ­san alam semula jadi negara yang wajar dipelihara.

Bermula 1 Februari lalu, setelah kira-kira 10 tahun ditutup kepada orang ramai, Tasik Bera, tasik air tawar semula jadi terbesar negara dibuka semula kepada umum sempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2026. – UTUSAN

JAS siasat insiden pelepasan asap oren di Pasir Gudang

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak pantas menjalankan siasatan, susulan laporan tular di media sosial mengenai pelepasan asap berwarna oren yang dipercayai berlaku di kawasan Jalan Keluli, Pasir Gudang, pagi Khamis.

Sejurus menerima maklumat sekitar jam 9.45 pagi, pasukan penguat kuasa dan penyiasat JAS Cawangan Pasir Gudang, telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan, siasatan serta penilaian awal terhadap kejadian tersebut.

Menurut kenyataan JAS pada Khamis, hasil rondaan yang telah dijalankan di sekitar Jalan Keluli mendapati, tiada lagi pelepasan asap berwarna oren daripada mana-mana premis di kawasan berkenaan.

β€œWalau bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diperoleh di lapangan, pelepasan tersebut dipercayai berlaku dari sebuah premis industri di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.

β€œPasukan penyiasat JAS tiba di premis yang dikenal pasti sekitar jam 11.10 pagi dan mendapati pelepasan asap berwarna oren telah berhenti. Namun begitu, terdapat bau yang ketara di kawasan premis semasa pemeriksaan dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Susulan insiden itu, JAS telah mengambil beberapa tindakan segera termasuk menjalankan pemantauan dan siasatan lapangan di kawasan yang diadu, serta berkoordinasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bagi tindakan lanjut mengikut bidang kuasa masing-masing.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa pihak JAS telah memohon penilaian keselamatan daripada pihak JBPM, sebelum pemeriksaan terperinci dijalankan di dalam kawasan premis, selain melaksanakan pemantauan kualiti udara di kawasan sensitif yang berpotensi terkesan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, JAS Negeri Johor turut menjalankan pemantauan kualiti udara di dua lokasi sensitif yang dikenal pasti, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 3.

β€œMelalui pemantauan yang dijalankan, bacaan kualiti udara di kedua-dua lokasi tersebut berada pada paras normal dan tidak menunjukkan sebarang bacaan yang melebihi had yang ditetapkan.

β€œJAS ingin menegaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan menentukan sama ada berlaku sebarang pelepasan pencemar yang melanggar peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127],” menurut kenyataan itu.

JAS menegaskan sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan, tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Pihak jabatan akan terus memantau keadaan di kawasan terlibat serta bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan awam dan kualiti alam sekitar sentiasa terpelihara.

Orang ramai dalam pada itu dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian ini dan sentiasa merujuk kepada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. -TVS

Malaysia berdepan risiko El Nino ekstrem

PETALING JAYA: Fenomena El Nino diramal bermula bulan ini dengan jangkaan meningkatkan risiko kemarau, gelombang haba dan kebakaran hutan.

Pakar Klimatologi dan Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Emeritus Dr. Fredolin Tangang berkata, kemas kini dikeΒ­luarkan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) menerusi Pusat Ramalan Iklim (CPC) pada 18 Mei lalu menunjukkan kebarangkalian kemunculan El Nino pada Jun hingga Ogos meningkat kepada lebih 80 peratus berbanding sekitar 60 peratus dalam ramalan terdahulu.

β€œBagi tempoh sehingga pengΒ­hujung tahun pula, kebarangkaliannya hampir menceΒ­cah 100 peratus yang bermaksud fenomena ini hampir pasti berlaku,” katanya kepadaΒ Utusan Malaysia.

Menurutnya, NOAA turut meletakkan status β€˜El Nino Watch’ atau dikenali sebagai Pemerhatian El Nino manakala pada 15 Mei lalu, Pusat Iklim Asia Pasifik (APCC) di Busan, Korea Selatan meletakkan status El Nino bagi tempoh Jun hingga November 2026.

β€œPelbagai model di bawah Pusat Eropah untuk Ramalan Cuaca Julat Sederhana (ECMWF) dan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) menunjukkan hampir 100 peratus model mereka meramalkan El Nino akan berlaku bermula Jun dan berterusan sehingga penghujung tahun serta awal 2027.

β€œCerapan terkini yang diΒ­keluarkan Pusat Ramalan Iklim Amerika Syarikat meΒ­nunjukkan peningkatan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik telah pun bermula.

β€œPersoalan utama ketika ini bukan lagi sama ada El Nino akan berlaku atau tidak, sebaliknya sejauh mana kekuatannya,” katanya.

Fredolin berkata, istilah yang lebih tepat digunakan dalam penerbitan saintifik adalah El Nino β€˜ekstrem’ iaitu apabila peningkatan suhu permukaan laut di kawasan Nino3.4 meΒ­lebihi 2.0 darjah Celsius.

β€œSejak lebih lima dekad lalu, hanya beberapa episod El Nino yang tergolong dalam kategori ini termasuk pada tahun 1972/73, 1982/83, 1997/98 dan 2015/16. Antara episod tersebut, El Nino 1997/98 dan 2015/16 dianggap paling kuat dalam rekod moden,” katanya.

Beliau berkata, NOAA menganggarkan kebarangkalian El Nino kali ini mencapai kategori ekstrem sekitar 30 peratus.

β€œNamun APCC di Busan meletakkan kebarangkalian itu melebihi 90 peratus manakala model-model di bawah ECMWF dan C3S menunjukkan lebih 50 peratus model mereka meramalkan El Nino berkaΒ­tegori ekstrem.

β€œBerdasarkan kepakaran dan pemerhatian saya terhadap perkembangan semasa, El Nino kali ini berpotensi berkembang menjadi episod yang setanΒ­ding dengan El Nino 1997/98 dan 2015/16, iaitu dalam kategori ekstrem.

β€œPandangan ini disokong oleh data terkini berkaitan penurunan lapisan termoklin di Lautan Pasifik yang kini menunjukkan corak hampir serupa dengan peringkat awal perkembangan El Nino 1997/98 dan 2015/16,” katanya.

Beliau memberi peringatan, El Nino ekstrem berpotensi membawa kemarau berpanjangan, gelombang haba serta peningkatan risiko kebakaran hutan di Malaysia dan negara jiran yang boleh mencetuskan episod jerebu tempatan serta rentas sempadan.

β€œFenomena ini dijangka memberi kesan terhadap sumber air, penurunan hasil pertanian serta kesan kepada kesihatan awam,” katanya.-UTUSAN.

Filipina rekodkan 1,100 gempa susulan

MANILA: Jumlah gempa susulan yang direkodkan berikutan gempa bumi magnitud 7.8 yang melanda Sarangani di Filipina pada Isnin lalu meningkat kepada 1,100, setakat 8 pagi semalam, menurut pakar seismologi negara itu.

The Straits Times melaporkan, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) berkata, gegaran susulan bermagnitud antara 1.3 hingga 6.7 menunjukkan aktiviti seismik berhampiran kawasan di pusat gempa berkenaan.

Gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda pantai Maasim, Sarangani, pada 7.37 pagi Isnin lalu, mencetuskan gelombang tsunami dan menyebabkan kerosakan infrastruktur, bekalan elektrik dan kemudahan komunikasi di seluruh bahagian Mindanao.

Phivolcs sebelum ini memberi amaran bahawa gegaran susulan boleh berterusan selama lebih sebulan.Β Terdahulu, media melaporkan sekurang-kurangnya 40 maut susulan gempa berkenaan.

Gempa bumi itu berlaku awal pagi ketika sekolah dibuka semula di Filipina selepas cuti panjang dengan gegaran terasa kuat di sedozen wilayah, dan turut dirasai 420 kilometer (km) jauhnya di Bandar Manado di Pulau Sulawesi, Indonesia.

Susulan gempa itu, amaran tsunami turut dikeluarkan di selatan Filipina, utara Indonesia dan Sabah, Malaysia.

Lima rumah kedai, SK Lubuk Buntar terjejas ribut

BANDAR BAHARU – Sebanyak lima rumah kedai dan sebuah sekolah di Pekan Lubuk Buntar, Serdang di sini terjejas dalam kejadian ribut, petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, kejadian angin kencang dan hujan lebat berlaku di sekitar kawasan pekan itu kira-kira pukul 3.30 petang.

β€œKejadian tersebut mengakibatkan kerosakan pada rumah kedai seperti bumbung tercabut dan kerosakan lain. Selain itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Buntar juga terjejas akibat kejadian ribut itu,” katanya di sini, hari ini.

Susulan itu, satu pasukan pemantauan dikerahkan ke lokasi kejadian pada pukul 7.57 malam bagi mendapatkan maklumat berkaitan kerosakan yang berlaku.

β€œSetakat ini kerosakan melibatkan lima rumah kedai dan juga SK Lubuk Buntar. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” ujarnya.Β Tambahnya, anggota polis dan wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri turut turun ke lokasi kejadian.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan penduduk di Pekan Lubuk Buntar cemas apabila bumbung rumah kedai di kawasan itu melayang dalam pusaran angin petang tadi.

Satu video yang memaparkan puluhan kepingan zink berterbangan di udara ketika hujan lebat tular di media sosial.

Terdapat juga video yang menunjukkan bumbung berselerak di atas jalan raya termasuk menimpa kenderaan. – KOSMO! ONLINE
Β 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search