PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Gempa bumi 3.4 magnitud di Kundasang

Gempa bumi 3.4 magnitud di Kundasang

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Kundasang pada jam 3.02 pagi tadi. Berdasarkan info dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa bumi berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.7 darjah timur.

Pusat gempa itu terletak lapan kilometer di barat laut Ranau dengan kedalaman 10 kilometer. MetMalaysia berkata, gegaran mungkin dirasai di sekitar Ranau.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, pemantauan awal di sekitar Pekan Ranau dan Kundasang tidak menemui sebarang kerosakan setakat ini.

 

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menjalankan rondaan pada jam 6.35 pagi membabitkan premis kedai, bangunan kerajaan serta kawasan tumpuan awam.

"Hasil makluman orang awam dan pemerhatian di lokasi mendapati tiada kerosakan struktur dilaporkan, selain tiada kecederaan atau insiden susulan direkodkan," katanya.

JBPM Sabah akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan gempa susulan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya kekal tenang dan berwaspada, selain mengelak memasuki bangunan sekiranya terdapat keraguan terhadap struktur," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search